Sunday, June 28, 2009

Bantal Wangi


TQ Mr Mucuk...


Mood arini: Sayang bantal nie..lagi sayang kat orang yang bagi bantal nie...hehehe

Saturday, June 27, 2009

Cik Penunggu Malam

Al-kisah cik penunggu malam…..Ntah kenapa akhir2 ini cik penunggu malam dapat merasakan sesuatu bakal merubah rutinnye…(rutin aper tue?? Eh rahsia2…Hahaha)..adakah cik penunggu malam akan kehilangan jobnye?? kekekek adakah cik penunggu malam dah kene sedia dengan perubahan ini?? (Nak tak nak kene bersedia gak) Atau sebenarnye cik penunggu malam sendiri yang rasa kene ubah rutin nie?? Eh ape cik penunggu malam nie??

Hahah…cik penunggu malam tau, rutin itu kadang2 membuatkn kita or sesiapa saja bosan…(yeke? Mcm tak jgk..tapi kadang2 bosan gaks..hahah)..cik penunggu malam need somebody to talk ke?? Cewah..hahah…(teringat rutin gosip2 ngan Miss T, Miss J & Miss A before titon) tapi kerana rutin ni dah terbiasa, cik penunggu malam pasti akan kekok cikit dengan perubahan rutin yang cik penunggu malam jangkakan ini…oh..baru jangka rupenye…hahahah tapi tak jugak sebab nie berdasarkan pemerhatian cik penunggu malam sendiri sejak akhir2 nie…cewah..uhhuuh..

Dan setiap malam, cik penunggu malam setia menunggu malamnye…(eh cepatlah siang..dah macam pak guard plak nie kekeke…) tapi yang buruknye dah siang susah plak nak bangun hahahah tapi klu bangun awal, kene perli la plak hahahahha……mcm2 hal la adoyai….(tapi bab masalah bangun pagi nie cik penunggu malam tak keseorangan heheh tapi kene ubah gak tu)

Cik penunggu malam cuba memujuk hati sendiri supaya bersedia dengan rutin yang bakal berubah pada bile2 masa dari arini… Wahahahha…..ape yang patut dilakukan untuk taknak jadik cik penunggu malam yang setia???? (padahal tido petang pon dah jarang dah…) walauapapun cik penunggu malam akan cuba berubah untuk jadik cik “pentido” malam yg setia…(nak watpe tunggu2 malam..baik try tido jerk..cik penunggu malam cuba marah diri sendiri….ngeh ngeh ngeh….) mesti tido jerk terus, sebab keadaan nie memang amat penting supaya sume yang disekeliling selesa tanpa gangguan emosi yang dilakukan oleh cik penunggu malam…ish kene ubah tu…hahhaha...





"sleeping beauty"





Mood arini: Suam-suam Kuku..(silent is better rite..)

Thursday, June 25, 2009

My Mr. Mucuk

Alhamdulillah…Tahniah utk tunangku tersayang…..kita yang rancang, memang Allah yang tentukan….nie sume memang rezeki kita agaknye cuk…tak sangka betul kan cuk….Alhamdulillah syukur sangat2..Tahniah lagik untuk Mr Mucuk saya….



Mr Mucuk saya *wink*


Mood arini: Hatiku terlalu gembira..(betul kata pepatah..susah dulu, senang kemudian Alhamdulillah
)

Wednesday, June 24, 2009

Reunion

Sambil duduk2 nie tetibe aku teringat kat kwn2 lama aku kat sek menengah…rindu kat dieorg..(emar, zana, kak ita & ayu….ni jerk kwn paling best aku kekekke) ada gak budak2 nie plan nak wat reunion… tp manjang jerk tak jdik…yang last kwn2 aku ajak wat reunion before aku tamatkan zaman bujang… ceh nape aku jerk?? Zana pon dah tunang okey..hahhaha…

cik emar cyg, bile tu cik emar kita nak wat reunion balik?? Hahhaha cik emar kata masa raya kita wat eh…nanti aku carik waktu yang sesuai untuk kita berhibur sebelum kita sume kahwin (nie ayat skema cik emar wahahah) huhuhu

harap2 jadik la kali nie…(raya nie sume lum balik umah mertua lagik ngeh ngeh ngeh) tak tau la sbb sume pon dah bz keje…cume aku sorg jerk yang tak abes2 lagik belajar..hahhaha…

rindu korg..bile aku tengok album2 zaman kegemilangan aku sek, lagi la aku rindu cgt….rindu nak wat aksi “gonjol” ngan ketawa tak ingat dunia cam dulu..hahhaha kenang daku dalam doa mu huuhuh


Mood arini: Boring & mood kureng (internet asyik tak dpt jerk, klu dpt pon slow giler….perut lak sakit mcm masuk angin jerk dari siang td…terlebih mkn pon masuk angin ke?? Hahahah)

Sunday, June 21, 2009

Wanita Kompleks or teliti?

Aku dpt artikel nie dari seorg kwn..hahha nak gelak aku bace..ada gak yang aku rasa cam terkene..hahahha (siot betul)...Agak-agak, betul ke yang wanita ini kompleks or teliti dari lelaki? Hurm…fikir-fikirkanlah sambil anda membaca entri ini. ;))


Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10.G surau



Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang,cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10.Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan (alaaamak byk la aku ambik)
30. Sampai depan kaunter (berapa?)
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
34. Tutup dompet. Ambik nasi
35. Tinjau-tinjau tempat duduk.
36. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
37. Cari tempat duduk lain
38. Jumpa. Duduk..
39. Alamak. Air tak order lagi
40. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
41. Order air
42. Bangun
43. Ambik sudu
44. Duduk
45. Bangun
46. Ambik Tisu
47. Duduk
48. Air sampai
49. Belek dompet (Step tadi)
50. Bayar
51. Tutup dompet
52. Minum air
53. Start makan
54. Tengok-tengok orang sambil makan
55. Makan separuh..kenyang
56. Sebab dah minum air
57. Letak sudu, letak garpu
58. Pinggan tolak tepi
59. Borak2 kater makanan tak sedap
60. Ngumpat2..tg korang
61. Pukul 2, naik opis..
62. Ambik beg makeup, g surau!!!!!



kekeke So, adakah perempuan memang kompleks atau teliti dalam membuat sesuatu? and jawapan aku semestinye perempuan teliti dalam membuat sesuatu..hehehhe

Tak teliti + teliti = Sempurna



Mood arini: gelak besar (sambil pk, sape la yg takde keje dok tulis artikel nie?? laki ke perempuan yg wat?)

Saturday, June 20, 2009

Selamat Hari Bapa


Ayah ngan mak dating kekekke



Selamat Hari Bapa untuk ayahanda tersayang Dolhalit B. Mekram...semoga ayah sihat & cepat sembuh...Amin..
dan tidak ketinggalan buat bakal abah saya yg diingati, Alias B. Husin (takde gambar la huhuh), Selamat Hari Bapa..
dan sume yang dah jadik bapa...huhuhuh...




Mood arini: Perut kenyang..hati riang..wahahhah

Friday, June 19, 2009

Nurse Untuk Ayah...

Harini pagi2 lagik aku dah kuar g ikot ayah & abg han g hospital..ayah kene cuci mata arini..mata ayah yg kene operate smlm doctor kata ok..alhamdulillah…kat sana doktor ajar aku cmne nak cuci mata ayah hari2 dlm masa 1month nie…doktor tu kata aku kene jdik nurse utk ayah kat umah…hahhaha sebulan nie aku ada job la…huhuhuhu walaupun tak dpt jdik nurse betul2, tapi dpt jdik nurse jaga ayah pon ok rite..hahahaha

Nie bkn aku *wink*



Mood arini: Ok tp ngantuk jerk...(bgn pg sgt kot hehehe);p

Tuesday, June 16, 2009

Love


Mood arini: terbang bersama cinta cewah..hahhaha

Penat..hahaha

Huhuhuhu arini sehari suntuk aku dok godeh blog aku nie…hahah bru lgik blog nie…tu yg kene adjust mcm2…(tp lawanye tak brp jgk hahaha)....time tgh rajen la konon..nnti dah msuk kelas..ada yg aku update 1bln skali kot..wahahhahah….aku bukan tak rajen nak tulis2 nie..tp aku klu dah start tulis, karang tak muat plak blog aku nie hahahha...


"Gambar Hiasan kekekek ;p"



Mood arini : Penat tapi gumbira hati..hahhaha

Friday, June 5, 2009

Nama saya.....

A = Ramah Dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana Dan cerdas.. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, Dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B = Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit Dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia Dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.


C = Ramah Dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak Dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.


D = Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin Dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang Dan sukar mempercayai orang lain.


E = Pandai Dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggungjawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah Dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.


F = Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah Dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia Dan amat berhati-hati bila berbelanja.


G = Kerap murung Dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan Dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.


H = Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal Dan bercita-cita terlalu tinggi.



I = Suka memendam perasaan Dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga Dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J = Ramah Dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan Dan tidak tegas.

K = Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L = Ramah Dan pandai bergaul Dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip Dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.Kelemahannya, tidak menepati masa.


M = Pandai Dan kreatif, suka kelembutan Dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros Dan keras kepala.



N = Baik hati Dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati Dan kurang percaya diri.


O = Serba boleh. Suka memendam perasaan Dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong Dan suka memilih teman.



P = Pandai berjenaka Dan selalu ceria. Punya banyak idea Dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam Dan boros.



Q = Setia Dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur Dan mudah emosi.



R = Pendiam Dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai Dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S = Pandai Dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T = Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U = Suka berterus-terang Dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan Dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V = Tutur katanya lembut Dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.


W = Ramah Dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi Dan ringan tangan. Keras kepala Dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran Dan kelembutan.



X = Budi pekertinya halus.. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung Dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.


Y = Pendiam Dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.


Z = Pandai berjenaka Dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu Dan gemar menonjolkan diri.




Mood arini: Boring (tak tau nak tulis ape)