Friday, March 18, 2011

Medina sudah 3bulan

Medina sudah masuk 3bulan...semakin banyak keletah, semakin banyak bunyinya bila kita cakap2 dengan die...suke tersenyum2....hohoohoh sungguh bahagia tengok Medina senyum....semalam bawak Medina inject untuk umur 3bulan...nasib baik tak nanges masa kena inject lagipun mood memang tengah baik sangat2 time pegi inject...meh layan pic Medina jap..


layan perasaan...;p
cube lagi Medina...;)
sleeping beauty
Bawak kete jap...lol ;p
merdeka!!!!

++ Love is in the air ++

Botol susu BPA FREE

Baca dari blog Dda Ly, pasal botol susu BPA FREE...sebenarnya sebelum ni saya juga kurang prihatin dan kurang faham pasal BPA ni.....sebab sebelum ada anak, lagi la tak amek tahu...huhuhu....kalau saya, saya guna je botol yang saya rasa cantik designnye...hahahha...tapi sejak kes botol ada BPA ni diwar2kan...saya baru faham & tahu bahaya yang sebenarnye...sebelum terlambat, lantas saya membuang botol2 Medina yang ada BPA...dari apa yang saya baca & google, kalau bawah botol tu ada tulis No. 7 or PC (polikarbonat), sila jangan beli sebab botol tu la yang ada BPA, kalau nak yang BPA FREE, ada tulis No.5 or PP (Polypropelene) tak pun kaler botol tu macam kelabu2 & lembut sikit, tak sekilat botol yang ada bahan BPA...tapi kebanyakkan baby store memang jual yang BPA FREE...tapi ape2 pun, lebih baik dapatkan advice dari jurujual dulu...tapi tak semestinya botol yang mahal je yang ada BPA FREE tau...


milk storage

BPA FREE

Botol yang BPA FREE tapi Medina tak mau semua botol ni...hahhah sebab puting tu tak sesuai ngan Medina ;p

taraa...akhirnye Medina guna puting jenis ni...murah je...sila dapatkan di farmasi berdekatan....wahahha

++ Love is in the air ++

Thursday, March 17, 2011

Makeup, Makeover

Sekarang saya dalam mood me'makeupkan' blog saya...setelah sekian lama macam tu je rupenya blog saya...hahaha tengok blog orang lain sume cute miut...blog saya, cume amek  templete yang sedia ada je haish...sebenarnye banyak je blog kawan2 yang ada bagi tutorial camne nak makeupkan blog, cume rajin ke tak rajin saya nak try hehehh antaranya blog erin, kawan blogger baru saya...sila tengok cute tak blog saya ada icon blink2 kat gambar bawah ni...ni hasil cik erin yang ajar saya tau heheheh...try tengok blog erin plak...comel jerk, ada icon cute miut...ok sila klik...kalau nak mintak erin wat tutorial, sila la request tanpa segan silu macam saya...hohoho yang penting jangan curi or copy & paste idea orang tau...tak baik tau...hohoho plez plez plez kamu jangan nakal...;p kalau minta orang ajar, itu lg baik.. "erin, mekasih...;)"

icon blink2..;p


++ Love is in the air ++

Wednesday, March 16, 2011

BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL



Hye semua...harini 1st time saya join segmen Ben Ashaari hahahha selama ni saya cume follow & baca je...;p kalau kawan2 nak join jugak, gi kat sini ae? Klik

1. Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
semestinya banyak kali wahhahah 1st sekali mesti la sebab fizikal, pastu baru keperibadian, tapi kalau keperibadian tak elok walaupun fizikal hebat, memang saya say bye2 je la jawabnye...;p

2. Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
kalau zaman2 sekolah memang utamakan fizikal...sebab kalau hensem, rasa bangga je dapat pasangan hensem...hehehe tapi lepas dah besar & matang eceh...fizikal bukan faktor utama pun sebenarnya janji sedap mata sendiri pandang, cukup la...;p

3. Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
yang penting tingginye lebih dari saya...hahahhah baru la rasa selamat n pasangan ley protect saya...;p

4. Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?
berisi boroi ke ni?? berisi cikit2 ley la...tapi boroi lebih2 takmo wahahahahah....jadiknye tak setuju la...tak semestinya tak berisi a.k.a tak boroi tu tak bahagia...kekekek

5.Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..
mesti la setuju...sebab kalau lelaki kacak, selalu demand lebih...lagi satu, mesti lagi senang nak jual minyak...haish...;p tapi kalau aku cantik pun aku demand gak...wahahahha

6. Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia '  ..
saya suka lelaki yang romantik tapi bukan jiwang karat...heheheh...saya pilih dia, sebab walaupun kurang romantik & nampak rock tapi dia still penyayang ecewah...;p nobody is perfect, tapi saya tetap bersyukur adanya die...;) (en big daddy sila baca ni hehehh)

7.Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?
berpuashati, janji sedap mata saya memandang & boleh jaga saya, itu sudah cukup...lalalla (en big daddy sila thumb up sikit heheh)

8.Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?
Alhamdulillah, saya berpuashati dengan fizikal yang telah dicipta cukup sempurna & sesuai dengan saya...Amin..

9. Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?
perlu mmg sgt perlu, tapi jangan over demand..so sila la terima pasangan seadanya...tapi jangan la jadik pengotor or yang sewaktu denganye...whahah konfem orang len pun geli tengok..;p

10.Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..
ermm saya tak percaya ngan produk kuruskan badan...sebab kalau makan macam2 jenis ubat kurus pun, tapi makan nasi berpinggan2, pastu tidur je & takde excersise...badan tetap takley turun gak...


ok sekian hehehhe

++ Love is in the air ++

Tuesday, March 15, 2011

tsunami dikatakan punca beribu ikan sesat dan berkumpul

Kejadian ini berlaku di Acapulco, Mexico apabila beribu ikan jenis sardine, achovy dan mackerel telah berkumpul setempat dengan padatnya berhampiran pantai. Para nelayan disitu menganggap fenomena gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun sebagai punca kejadian ini. Masalahnya, Jepun dan Mexico jauh beribu nautika, apa kaitan ikan-ikan ini dengan kejadian tersebut? Sumber daripada Daily Mail




Monday, March 14, 2011

D'Rimba to Kuantan

Last weekend, bawak Medina balik Kuantan...acctually ni 1st time bawak Medina balik Kuantan...gerak dari D'Rimba hari Sabtu pagi and sampai Kuantan dalam kol 2.30ptg...sampai2 je Kuantan Medina takmo tido...sampai kol1 pagi baru Medina tido...orang kata baby kalau beralih tempat memang susah tido..huh jenuh jugak nak tidokan Medina, tapi mujur Medina tak merengek or menanges je, cume die pandang sana sini takmo tido..tapi last2 bila dah penat, Medina tertido jugak...huh lega bile Medina dah boleh tido..esoknnye pulak, Medina dah ok sikit, tapi tido sekejap2 je, maybe still rasa tak selesa dengan suasana baru...tapi bile dah  balik D'Rimba, elok je Medina tido nyenyak2...huhu Medina, Medina...syian Medina tak puas tido ye 2hari ni...;)

otw to Kuantan
tara, Medina dah sampai Kuantan dah..;p

Monday, March 7, 2011

Perjalanan hidup Mama Medina

Sepanjang 82 hari ni, Medina masih breastfeed (BF) sepenuhnya...saya berazam nak cuba exclusive BF untuk Medina sampai umur Medina 6bulan...kalau lebih lagi bagus huhuhu...harap2 bekalan susu untuk Medina mencukupi...dan Allah masih membekalkan susu yang banyak untuk saya berikan kepada Medina...

Hari2 seawal jam 6pagi saya akan bangun, selepas sembahyang subuh dan menyiapkan diri, saya terus sarapan dan minum susu...minum susu dah jadi wajib buat saya sebelum keluar rumah..huuhuh tu tak campur lagi bekalan susu ke ofis...;p...bukan Medina je yang minum susu, mama Medina pun wajib minum susu...heheheh ok sambung balik, semua benda kena buat laju2 sebelum Medina terjaga..selepas siap, saya prepared pulak susu untuk bekalkan Medina ke nursery, lepas tu tukarkan diaper Medina dan BFkan Medina sebelum hantar Medina  ke nursery..biasanya Medina akan tidur semula selepas BF...so saya akan senang hati sebab tinggalkan Medina dalam keadaan kenyang..;)

Di ofis, sampai2 je, pkl8.30pg, saya terus pump susu sesi pertama, saya gunakan pump jenis Medela swing..tapi kalau kawan2 ada budget lebih, boleh try gune Medela FS..;) lebih menjimatkan masa..next session pulak, pkl 11.30pg dan seterusnya pukul3.30ptg...begitula time pump hari2....sampai kakak cleaner kat ofis saya pun dah tau time saya...hahahah nampak macam leceh tapi bila dah biasa, saya dah tak kesah lagipun saya sangat happy sebab dapat BFkn Medina sepenuhnya...so far memang sempat pump 3kali je diofis...tapi cukupla untuk menambah stok susu untuk Medina di nursery.

Balik je ofis, terus ambil Medina...sampai rumah, BF kan Medina dulu sampai Medina tertido sebelum buat kerja2 lain..kalau tak tido, big daddy akan tolong layan Medina...lepas BF kan medina, saya terus cuci baju, smbil tggu baju basuh, saya siap2kan barang2 Medina untuk ke nursery esoknya pula, simpan susu2 yang dah dipump dalam peti, basuh botol2 susu Medina, kemas2 rumah mana yang sempat, masak jika sempat & rajin heheheh, sembahyang, makan dan jemur baju..lepas settle semua, baru saya berkesempatan untuk mandi...hahah baru berkesempatan tu yang tak tahan...kalau tak sempat?? adakah saya tak mandi?? wahhaha oh jawapannya, saya wajib mandi la...whahaah...after mandi, sembahyang isyak, saya BFkan Medina semula sampai Medina tertido...bila Medina dah tido, saya sambung lipat baju...bila semua dah siap, baru saya boleh tido..sekian.


semua penat saya hilang bila melihat wajah ini ;) mama love u medina..

Orang ikhlas selalu tertindas?

Salam hye bloggers, macam biasa saya nak share emel seorang sahabat forward kat saya :)
isi ceritanya sangat terkesan di hati! mari baca dan kita ambil pengajaran dari cerita ini..


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar.. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan.. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita.. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Sunday, March 6, 2011

Yeay! sayangkku

Weekend haritu, tetiba Medina dah ada peningkatan yang lain...hohoho Medina dah pandai angkat kepala bila ditiarapkan...Mama & abah memang suka la sangat2...sebelum ni kalau tiarapkan, Medina cume try angkat kepala cikit2 je, tapi kali ni siap ley angkat tinggi & lama sikit...harap2 lepas ni ada lagi perkembangan terbaru Medina...;)
huuhuh cuba lagi Medina...;)

Wednesday, March 2, 2011

Medina 2bulan

-dah pandai senyum2 bila saya berbual2 & nyanyi2 dengan dia
-dah mula beri respon dengan mengeluarkan suara halus
-kalau dukung takmo baring, nak dalam keadaan duduk je
-lebih suke main2 then dah penat baru tido.
-dah tak muntah2 lagi
-suke pegang itu ini bila saya bukakkan mitten dia
-bangun malam untuk minum susu 2kali shaja..masa dalam pantang setiap 2jam sekali
-kalau dah penat berjaga & main2, Medina akan tido lebih lama sebab dah penat main2..

dok dalam ni konfem diam huhuhu