Saturday, October 30, 2010

|| Air Tangan Suami ||

Menu lunch harini disediakan oleh Big Daddy saya...;)...kalau hari2 Big Daddy yang sediakan best jugak ek??? wahahhah banyak cantik aku!!! ;p

Daging panggang black paper...(siap ada nasi...tetap ada ala kemelayuan disitu...hahahha)


TQ sayang..;)


Resepi Big Daddy = Air Jus Carrot + Apple + ice cream coklat + susu dutch lady
&
Daging Panggang Black Paper


glitter-graphics.com

Tuesday, October 26, 2010

Short Entry

Demam lagi.....saya dah agak saya akan demam sebenarnya, sebab kawan2 saya kat office ada yang demam....walaupun saya berdoa supaya saya dilindungi....tapi akhirnya saya demam juga...sejak pregnant saya memang sangat mudah berjangkit demam dengan sapa2....bila demam, makin sakit badan....YaAllah tabahkan la diriku untuk melalui saat2 akhir kehamilan ini...



glitter-graphics.com

Monday, October 25, 2010

Saya Suka....

Ya, saya suka makan...huhuhu balik kerja tadi terus cepat2 capai pisau, capai ayam, capai bawang, capai sayur, capai cili, bla...bla...bla...walaupun tak berapa ada idea nak masak lauk apa, tapi saya tetap mahu masak...malam ini tetap tidak mahu makan diluar kerana sudah jemu...siap je masak terus mandi & after solat isyak bersama suami, saya & big daddy terus menikmati makan malam kami...;p Alhamdulillah dah kenyang...ya! saya sangat puas hati bila masak sendiri...hehehe

Sambal Sardin + Ayam Panggang Tandori + Sayur campur (menu ulangan kekeke) ;p


yeah!!...My Ayam Panggang Tandori....nyum nyum...

Saturday, October 23, 2010

Aktiviti suami isteri

Macam biasa, aktiviti hari minggu ialah masak2 dirumah, untuk makan2 bersama suami...;)...Lepas siap kemas segala baru senang hati nak keluar berjalan...

Ikan Selar Sweet Sour + Bergedil (mesti ada...big daddy punya feveret ;p)


Sayur Campur Sos Tiram

Friday, October 22, 2010

Another Suppliment

Khasiat madu

A) WANITA HAMIL
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.

2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

B) ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.

2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.

3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.

4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.

5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.


TQ Big Daddy..;)

Khasiat Sarang Burung

A) WANITA HAMIL
1. mengambilnya sebelum bersalin dapat membantu bayi menjadi lebih kuat, kulit yang cantik & berseri, daya tahan penyakit yang kuat serta menggalakkan perkembangan otak.

2. Dapat mengurangi rasa sakit pada punggung pada ibu hamil.

3. Memperkuat paru-paru bayi yang dikandung.

4. Dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.

B) WANITA BERSALIN
- mempercepatkan pemulihan bentuk badan serta memperbaiki tisu-tisu yang rosak.

Tuesday, October 19, 2010

Di Dalam Bersahabat


Email daripada kawan saya...dan saya sangat suka email ini...harap dapat memberi ingatan kepada semua dan diri saya sendiri.

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4 . Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11 . Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Monday, October 18, 2010

3rd Trimester


lup lap lup lap....dah masuk 3rd trimester dah kandunganku ini....sekarang dah 30 minggu...tinggal 10 minggu lagi & baby ley kuar pada bila2 masa yang dia nak...walaupun kadang2 saya rasa takut, tapi sebenarnya saya sangat tak sabar nak tunggu baby kuar...InsyaAllah semua okeh...hahha harus legakan hati sendiri *wink*...ermm kelengkapan baby saya rasa dah hampir cukup....cuma kelengkapan saya yang tak beli2 lagi....hahaha...sementara tunggu baby turunkan kepala dia untuk kuar, sementara tu sempat lagi nak beli barang2 kelengkapan...;p

eh! eh! ada lagi yang tertinggal..;p

Ini ialah open house raya punya cerita...cerita open house raya yang tertinggal...huhuh tak kesah la nak cerita jugak ;p...lokasi jamuan di exchange Kelana jaya...dan booth yang ada kaler hijau + maroon tu booth kami...;p

Menu kat booth kami..


Sunday, October 17, 2010

Lambak melambak

huhuhu berhujung minggu dengan shopping barang2 baby....tengok itu ini, semua rasa nak beli sebab comel2 semua...nanti sambung beli2 lagi...ada lagi yang tak cukup ni...;p

lambakan barang2 yang dibeli..;p

Main masak2

ikan masak singgang buatan isteri

bergedil daging buatan suami