Tuesday, March 1, 2011

tak sembahyang... tetapi berjaya

"love this artikel...walaupun agak panjang, tapi banyak nasihat..kawan saya yang bagi..renung2kan dan selamat beramal..;)"



Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang
gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh
berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita
tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan
jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi
bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga
tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat
orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas
dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah
benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan
seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah
dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang
pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang
mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki
yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak
berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali
ALLAH SWT.




Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang
mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang
manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci
kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh
orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala
perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari
makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu
datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU.
Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya
melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan
pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi
dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang
akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi
dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan
atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya.
Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda
semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.



Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda
dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda
berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai
apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu
kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi
muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala
menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala
diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang
muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU
berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU
tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah
sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi
HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka
mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”


Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan
walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi.
Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk
mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman
sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum
gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH
ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah
kita kepada PENCIPTA kita.




Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita
rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah
tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi
nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda
berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa
periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai
lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari
mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Monday, February 28, 2011

My little princess

Sekarang Medina dah masuk 74 hari..sejak 2bulan dilahirkan saya dah makin biasa dengan ragamnya...hari demi hari, saya dapat lihat perubahannya...sepanjang 2bulan Medina tak pernah meragam tak tentu pasal...klu yak2 pun tak nanges...cuma nanges bila mahu susu...time tu mmg "fairlady" start berbunyi... tapi masa pantang, Medina selalu termuntah bila sendawa...Alhamdulillah sepanjang pantang, tak pernah kembung perut tapi Medina pernah kembung perut sekali semasa di nursery sebab takmo minum susu guna botol...sekarang Medina dah pandai senyum2 apabila di agah2...memang bahagia betul bila tengok Medina dah bertambah akal...hohoho tak sabar nak tggu Medina ketawa2 plak lepas ni..

fairlady berbunyi..;p

Saturday, February 26, 2011

Medina @ The Curve

Harini bawak Medina amek angin di The Curve..Alhamdulillah Medina pun dah sihat..

posing dulu sebelum pergi..;p
Baru sampai dah tertido..

candid...2 insan yang saya sayangi
- Posted using BlogPress from Salasiah's iPhone

Friday, February 25, 2011

Medina bercerita

Hye, harini Medina tak pergi school sebab Mama & abah bawak Medina pergi hospital..Medina batuk2 dari semalam lepas balik dari school.. Malam2 pun Medina batuk jugak sampai Medina tak lena tido..tu yang pagi ni mama & abah terus bawak Medina checkup..Doc kata ada kuman cikit kat tekak, tu yang Medina batuk2..mungkin sebab berjangkit dengan kawan2 kat school..



lepas minum ubat terus tertido


- Posted using BlogPress from Salasiah's iPhone
Location:Kota Damansara

Tuesday, February 22, 2011

Monday, February 21, 2011

Masa

Pengurusan masa memang sangat penting bila dah ada anak...dan saya memang sentiasa ingat pesanan kekanda Al-wardah saya, supaya belajar mengurus masa...sejak dah masuk kerja semula, memang saya kena urus masa betul2...dari bangun pagi sampai la sebelum tido...semua kerja kena susun satu2...selain kerja ibu2 kat rumah, kena siapkan jugak barang2 Medina dan  bekalan susu untuk ke nursery...semua kena buat laju2...nasib baik Big Daddy ley tolong jagakan Medina...cepat sikit kerja ley siap..huhuh

Medina ready to school

stok susu

Saturday, February 19, 2011

continue

ingat lagi entry saya yang dulu pasal pengalaman mengandung? klik sini.. harini saya sambung pengalaman saya masa 3rd trimester...setelah sekian lama tersimpan kat draft, baru harini sempat nak publish setelah 2bulan Medina dilahirkan....huhuh...ada jugak kawan2 yang tanye, makanan apa yang saya amalkan masa pregnant..alang2 saya share sekali ae?...dari awal pregnant saya amalkan makan kurma, kismis dan air musofa tapi bila mertua saya balik haji dan bawak stok air zam-zam, saya terus amalkan air zam-zam sampai bersalin...saya jugak amalkan minum madu dan bird nest...kebetulan time saya pregnant, dalam bulan puasa, so stok kurma memang senang nak crik....itu la yang saya memang amalkan selain susu dan ubat2tan yang doktor bekalkan...

sejak kandungan masuk 7bulan, kesihatan saya dah agak stabil walaupun sakit pinggang dan kelesuan makin menjadi2...tapi saya semakin aktif berjalan, sebab berjalan boleh mengurangkan sakit pinggang saya...berjalan juga baik untuk ibu mengandung yang bersalin secara normal..masa 7bulan jugak doc bagitau yang kandungan saya masih lagi tak turun...kalau ikut rotate yang betul, sepatutnye 28minggu dah mula turun tapi doc suruh saya tunggu hingga 36minggu, kalau tak baby tak turun jugak maknenye saya kena ceasar..perut saya baru nampak betul2 besar dan berat saya dan baby juga bertambah dengan pesat...

sejak akhir2 pregnant saya terlalu suke makan ice cream....dalam peti, mesti ada stok ice cream....hari2 memang wajib makan ice cream, mujur saya tak kena kencing manis sepanjang pregnant...huhuu..kalau pergi keluar makan pulak, saya mesti nak minum air tembikai..kalau tak minum, macam tak lengkap je...akhirnye, awal 10hari dari due yang sepatutnya saya bersalin...dan Alhamdulillah...semuanya telah selamat...

time booolat


Monday, February 14, 2011

Berakhirnya 60hari..

Semalam Medina sudah 2bulan...dan maknanye esok, saya dah start bekerja...Medina pun dah start kena pergi nursery....sedih & berat hati sebenarnye nak tinggal Medina di nursery, tapi nak buat macam mana...semalam dah test hantar Medina di nursery...harap2 lepas ni Medina dapat sesuaikan diri...kat nursery takley manje lebih2 ye Medina...huhuhuh takde sapa nak layan nanti...Medina, mama & abah love u..

Love u my little princess
start kumpul stok susu untuk Medina
Daftar nursery

Tuesday, February 8, 2011

Cepat kilat

seharian melayan keletah Medina, buat saya terlupa semua yang lain...padahal ingat tapi tak sempat nak buat hahahah sekarang semua rutin harian saya perlu dibuat sepantas kilat...wahahha tak boleh nak lenggang mak Minah macam masa sebelum Medina dilahirkan....nak mandi pun kena cepat tak boleh nak macam gaya mandi kat spa... ala2 mandi kambing je yang boleh ;p...kalau Medina tengah tido, harus secepat mungkin siapkan semua kerja2 kat rumah supaya rumah tidak kelihatan seperti Zoo..lalalalla....my life is 100% change bile dah ada Medina, tapi saya sangat gembira bila ada Medina....tak perlu ucap apa2, cume lihat wajahnya...saya pasti senang hati dan gembira....mula2 memang agak kekok sebab selama berpantang, mak saya yang banyak membantu, tapi sekarang dah ok sikit....dan saya masih belajar untuk menjadi seorang ibu...

sementara puteri beradu, mama kena siapkan apa yang patut..;p