Wednesday, February 4, 2015

Nasi Arab

Siapa pernah guna rempah nasi arab Al Bayt angkat tangan...

aku 1st time makan nasi guna rempah ni masa kakak aku yang masak masa kat kampung...bagi aku sedap heheheh...tiru je resepi dia sebijik-sebijik kat belakang kotak, memang jadi...tapi jangan ngada-ngada nak bezakan dengan kedai nasi arab or yang memang nasi original dari negara arab...memang la paling kurang ada jugak bezakan....aish...

RM15 sekotak bagi aku worth it...ada rempah dan beras sekali dalam tu...Eh tapi aku bukan jual tau, cuma saja nak share...heheheh kalau nak try, kena google la carik siapa-siapa yang jual...





++ Love is in the air ++

Pengalaman ke Farm In The City

Hai, saje nak share pasal Farm In The City (FITC) yang aku baru pergi bawak Medina dan Ameen jalan-jalan...aku dah lama jugak tau tapi baru berkesempatan dapat pergi...tu pun aku dah habis baca review orang dulu pasal tempat ni...bukan apa takut jugak la kalau dah pergi tapi kecewa hahahha...

tapi mula-mula Big Daddy tak berapa prefer pun nak pergi FITC tu...katanya macam tak best adohai jujur suamiku hahahha...so pilihan Big Daddy ialah Zoo Negara or Aquaria...tapi aku pulak macam dah bosan tempat tu...ewah macam selalu pergi pulak hahahha last-last Big Daddy layankan jugak pergi FITC...thank you abang hihihiih

Sampai je kat FITC, mula-mula bagi aku tempat dia macam biasa-biasa la jugak...tengok dari tempat parking macam tak teratur je management dia...wah! memandai je aku kondem management orang hahahahhah....tapi bila dah explore dalam-dalam...Ohoi memang menarik la tempat ni...lagi menarik kalau untuk bawak anak-anak...back tu the nature gitu...hahhahahah maklumla anak-anak duduk kat bandar susah kan nak bawak tengok binatang sana sini...pulak tu macam aku jenis rumah kat atas langit...lagi la...bila ada peluang macam ni memang Medina dan Ameen happy sangat...."Explore puas-puas ye anak-anak"...serius tak kesah la perfume hilang bau ke, bau anak beranak macam kambing ke, yang penting memang puas hati...hehehhe...

Harga tiket masuk FITC ni, untuk dewasa RM30, kanak-kanak RM25 (tinggi lebih 90cm kalau tak silap aku), untuk warga emas pun RM25...naik pony ride RM7...tapi untuk kanak-kanak je...dah nama pun pony ride kan...ibu bapa jangan mengada-ngada pulak hahahha sebab haritu aku dah tanya, untuk aku boleh naik tak...whahahaha mama ada hati nak naik jugak rupenya hahahah...Opps..

Big Daddy kata macam bukan kat tengah-tengah bandar pulak bila kita duduk dalam FITC ni....yela memang tetiba rasa macam kat tempat lain....kawasan farm pun memang redup je...sana-sini ada tong sampah dengan tempat cuci tangan...untuk make sure orang yang datang sentiasa bersih ok walaupun pegang binatang sana sini....

Sejujurnya tempat ni memang best sebab kita boleh bagi haiwan makan direct...makanan memang disediakan....nak ambil banyak mana pun ambil la...FOC plak tu....hihihii kira ok la kan semua haiwan boleh bagi makan kecuali la yang bahaya macam ular dengan biawak...hahahha aku pun tak sanggup nak bagi makan...






















Info:

Alamat: Jalan Prima Tropika Barat 2, Taman Prima Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor

++ Love is in the air ++

Monday, January 26, 2015

Rutin Harian






v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Kesimpulan rutin harian ku..hahahahhahah




Sumber gambar dari google


++ Love is in the air ++

Wednesday, January 14, 2015

Semoga berjaya sayang

Kepada Medina sayang, 

Terima kasih ye sebab tak buat perangai bila dah sekolah...Medina nak tau, dulu kan nenek kata, mama masa 1st time pergi sekolah, mama menangis wahahhahaha....sampai nenek kena tunggu mama 2jam kat sekolah...nenek kata Medina lagi terer dari mama la....hihihihi...Semoga berjaya sayang...


++ Love is in the air ++

Pengalaman pertama Medina, Mama dan Abah

Aku nak share pengalaman 1st aku hantar Medina ke tadika...sebenarnya masa sebelum hantar Medina kat tadika, aku punya la dilema dan risau tak sudah-sudah...aku bukan risau nak hantar Medina sebab kena belajar tapi yang aku tersangat risau nak kejut Medina pagi-pagi dan aku risau perjalanan dia balik nak ke rumah pengasuh...sebab masa belum sekolah, hari-hari kalau nak kejutkan  Medina punya la dengan macam-macam ragam...menangis la...nak dukung la...hari-hari perangai macam tu...tu yang aku jadi susah hati tu.... TAPI alhamdulillah sangat-sangat, sejak dah 4 hari sekolah ni, setakat ni Medina mudah nak bangun pagi...tak banyak drama waktu pagi...biasa la bab mengelat sikit-sikit memang ada....tapi takla mencabar macam sebelum-sebelum ni...hahahahha....

1st day dan 2nd day Medina sekolah, aku ambil cuti...saja nak pantau perjalanan dia sepanjang kat tadika...sampai je kat tadika, aku tengok ramai la ibu bapa yang temankan anak-anak diaorang jugak dan siap ambil gambar anak dieorang pakai uniform...sama je macam aku....heheheh ambil gambar untuk kenangan....biasa la zaman teknologi...mestila gunakan....hihihihi....hantar pagi-pagi memang dia ok...tak menangis, tak buat perangai mogok apa-apa...bolah pakai tudung sampai waktu balik...walaupun aku belum pernah ajar Medina pakai tudung....whahhahaha....

hari 1st tu aku tunggu Medina dekat sejam jugak...tapi tunggu kat luar pagar je...supaya dia taktau aku tunggu dia...2nd day, aku hantar dan terus balik rumah...memang tak tunggu langsung sebab tengok Medina dah ok...

tapi time Medina balik, part ni memang aku tunggu...aku jadi spy tengok Medina balik dari jauh...hihiihih Medina balik dengan cikgu dari tadika ke rumah pengasuh...kira aku bayar yuran transport kat cikgu la tiap-tiap bulan...Alhamdulillah ada perkhidmatan cikgu hantarkan...kalau tak memang tak tenang jugak aku nak lepas Medina pergi sekolah...setakat pemerhatian yang semalam-semalam, aku tengok semua ok...pengasuh pun memang banyak membantu tunggu Medina time balik...Aku harap Medina memang suka la dengan tadika dia tu...apa-apa pun aku tawakkal je pada Allah...



++ Love is in the air ++

Monday, January 5, 2015

Medina sudah 4 tahun

Mama dah janji nak buat makan-makan untuk birthday Medina...dan mama dah sepakat dengan Medina nak buat kek Princess Elsa...Mama dah belikan baju Princess Elsa untuk Medina kat online hehehhe...Eh??? tapi ni birthday mama ke Medina...hahhaha mama plak lebih-lebih...tet...








++ Love is in the air ++

Ameen 1st time naik kapal terbang

Oleh kerana highway LPT (Kuantan to KL) naik air sebab banjir baru-baru ni...jadi aku dan Big Daddy pun balik KL naik flight...ramai kawan-kawan cadangkan balik KL lalu jalan lama tapi memang aku fikir beratus kali la kalau nak lalu jalan yang berjam-jam lamanya...rata-rata kawan-kawan aku yang balik guna jalan lama kata 8-12jam perjalanan dieorang...gluppp...telan air liur aku dengar...lepas tu Ameen ni jenis bosan duduk dalam kereta lama-lama...tu la yang paling mencabar tu...huhuuhuh...

Tapi aku neves juga nak bawak Ameen naik kapal terbang...sebab 1st time kan...dalam hati aku berdoa banyak-banyak harap-harap Ameen ok...Jadinya 2 Jan 2015 haritu kami pun balik KL naik flight...tu je aku rasa tiket paling murah aku dapat untuk balik KL...sehari sebelum tu harga sampai RM1k plus plus...mak ai mahal betul padahal nak balik KL 40minit je pun kan...

Flight delayed dalam setengah jam sebab katanya trafik udara sibuk...mula-mula naik tu Ameen ok je, tapi bila dah start terbang dan lampu dalam flight dah padam, Ameen mula la tak duduk diam...lepas tu apa lagi Ameen pun mengamuk...ok Ameen mengamuk bukan sikit-sikit punya mengamuk...dia punya suara satu flight boleh dengar hahahah...lepas tu dia dah penat nanges, dia ok kejap...bagi makanan semua, dia ok kejap...lepas tu dia main-main kejap, lepas tu nanges lagi...dia punya kemuncak time elok-elok kapal terbang nak landing...Ameen mengamuk sampai kat bawah kerusi penumpang kat depan aku...adohai sabar je la...mujur dapat ditenangkan sampai kapal terbang landing...

Tapi aku memang dah boleh agak Ameen akan mengamuk, sebab kalau naik kereta lama-lama pun dia bosan...kira percubaan bawak Ameen naik flight kali ni gagal muahahhaha...alahai Ameen, macam mana nak plan pergi travel kalau nak naik kapal terbang 40 minit pun dah nanges ni whahahahah...


Jalan-jalan macam ni la yang Ameen suka...
Dia puas hati kalau bagi dia jalan sana sini tanpa halangan...
Sorry mama, lain kali kita try lagi naik flight hihiihih

++ Love is in the air ++

Monday, December 22, 2014

Projek D.I.Y. - Kotak untuk cable

Aku rasa benda ni memang masalah semua orang...masalah bab nak kemaskan cable yang berselirat...aku memang la tak suka betul dengan cable-cable ni sebab kalau dah berhabuk susah nak bersihkan...tapi nak buat macam mana, semua benda elektrik ni mesti ada cable kan...

Jadinya aku pun cuba la D.I.Y. kotak untuk kemaskan cable yang ada...tapi bagi aku tak berapa nak jadi, tapi kira ok la, daripada nampak sangat keserabutan cabel tu hahahh...kalau nak beli kotak yang dah siap memang ada, tapi aku rasa saiz die macam besar je...macam tak sesuai plak nak letak kat ruang tempat cable kat rumah aku...

Jadi bila Ameen tidur je, maka bermula la projek aku...nak buat benda macam ni kena tunggu malam je la, kalau tak Ameen buat kacau je nanti...huhuuh

Bahan-bahan yang ada kat rumah, aku main guna je....
kotak tisu tu mesti kena jenama 1 Malaysia tau wahhahahahahha....
Pinjam pembaris Medina...hahahha punya la semangat siap ukur bagai...
Sebelum aku tutup cable tu...serius serabut kan walaupun aku dah cuba untuk ikat disana sini....
Ha...kan ok sikit bila dah tutup hahhahaha boleh la kan daripada tadi...hahahhaha

++ Love is in the air ++

Projek D.I.Y. - Cantikkan Tong Sampah

Ha!! itu dia...tajuk bukan main eksyen kan...hihihiih "cantikkan tong sampah" hahahah

Sebenarnya aku dah bercadang nak beli tong sampah baru tau, hahahhaha Alasan aku nak beli baru kononnya sebab tong sampah ni dah 3tahun guna dan body dia dah tak berkilat dan juga tempat tekan kat kaki tu dah tercabut...hihihihi biasa la bagi alasan biar kukuh dan padat...

Tapi mujur kawan baik aku ajak aku join group deco kat dalam FB...maka niat aku nak beli tong sampah baru pun berjaya diluputkan hahahhaha...kalau tak, nak beli design sama macam tong sampah yang ada sekarang ni pun dekat RM80 jugak harganya...erkkk...

Jadi disebabkan terpengaruh dengan group deco kat FB tu, aku pun dapat la idea nak cantikkan tong sampah aku...aku memang suka bab kemas-kemas tapi bab kreatif menghias ni agak failed sikit...jadi bila tengok orang lain D.I.Y., berguna jugak la idea-idea tu untuk minda aku supaya lebih "out of the box" hihihihi...

Maka jadi la D.I.Y. aku buat pertama kalinya...eh tapi aku minta tolong Big Daddy yang tampalkan sebab aku tau kepakaran dia lebih baik untuk bab macam ni...heheheh

untuk sticker tong sampah ni aku beli kat Daiso, RM5 je...cukup guna sekeping je...sebenarnya sticker ni untuk yang lekat kat tempat masak tu...tapi aku ubah letak kat tong sampah...sebab tu ada wording "Happy Cooking Time" kat sticker tu...ala buat-buat tak nampak sudah la word tu ya hahahahah janji aku suka corak & color dia hehehehe....

Sebelum kena tampal, nampak kan dah tak kilat body dia....huhuhuhu
Taraaaa bila dah tampal nampak comel sikit hahahahha
SILA ABAIKAN SEDIKIT KECACATAN yang ada hahhahaha


++ Love is in the air ++

Wednesday, December 17, 2014

Happy 4th Birthday Medina

Hari ni birthday Medina...tapi Medina takda sebab Tokmi pinjam bawak balik kampung...tapi takpa, nextweek mama abah balik, kita sambut birthday okey...peluk cium sayang Medina...


++ Love is in the air ++