Friday, March 30, 2012

penantian tamat

Jumaat lepas...23 Mac 2012...Medina dah start berjalan...Alhamdulillah Medina umur setahun 3bulan baru pandai jalan...takpe biar orang kata lambat jalan sekalipun, janji Medina tetap boleh jalan jugak...setelah saya pun puas menahan sabar dan memekakkan telinga bile ada je mulut2 yang membebel bila Medina belum pandai berjalan lagi....siap ada yang suruh saya wat latihan berjalan lagi untuk Medina...alahai mulut orang....saya memang sensitif bila orang mengata pasal anak saya....serius terasa hati....memang orang2 yang suka mengata begitu begini adalah tak cukup tahu yang setiap kanak2 ni lain2 tahap perkembangannya...apa2 pun Medina, mama tetap bangga dengan Medina....

++ Love is in the air ++

Wednesday, March 28, 2012

Tambah lagi

Medina kan sekarang dah tambah lagi satu kepandaian...die sekarang pandai tutup telinga tau bile dengar bunyi bising...terutamanye time weekend bila bibik vacum rumah...mula2 saya fikir bibik yang ajar Medina tutup telinga bila dengar bunyi bising...tapi bila tanya bibik...die kata die tak ajar & ingatkan saya & big daddy yang ajar...hahha rupe2nya Medina yang ajar diri sendiri..




Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 25, 2012

Wedding @ Seremban

sebelum pegi....My lil Medina, Mama Medina & My MIL
Pengantin 2009 huhu
Tahniah Hafeez & Haneey

smile ;)

++ Love is in the air ++

Monday, March 19, 2012

Pertama Kali

Sabtu aritu, try bawak Medina pegi tengok wayang cite Seefood...planning yang dibuat tetiba dek kerana pagi2 dah mengalami kekecewaan dengan Jabatan Imigresen... pasal Jabatan Imingresen tu saya story kemudian ae...ok pukul 12tghari gerak dari umah pergi ke GSC Tropicana, sampai2 je terus beli tiket & terus masuk panggung...awal2 dalam panggung, Medina memang macam teruja bila tengok TV besar depan mata...macam biasa kalau Medina teruja, dia mesti cakap, 'Wow', Wow', 'WoW' tak sudah2...memang teruja betul la tu...Medina pun fokus je tengok movie bila dah start...pastu dekat 45minit kemudian, dia dah macam bosan sebab duduk dalam bilik gelap...dia turun dari pangku big daddy dan dok berjalan diantara kerusi...mujur kami amek seat couple dan kebetulan tak ramai orang...bile dah puas merayap2...Medina mula merengek2..bagi susu die takmo, bagi puting pun dia ok kejap je....last2 big daddy kuar dulu bawak Medina....dalam setengah jam lepas tu saya lak menyusul kuar...hahah lawak betul...ingatkan berjaya bawak tengok wayang sampai habis, tapi rupa2nya cume 45minit je Medina boleh fokus.....next time Medina dah besar sikit boleh try bawak lagi...






Published with Blogger-droid v2.0.4

Pengalaman ada bibik


Masuk bulan ni, dah 2bulan saya ada bibik...masa bulan pertama saya tengok, bibik saya ni jenis high demand & makan pun macam cerewet cikit...masa baru2 je amek dari agent, pastu bagi bibik bilik tido yang kecik sikit dari yang lain, (sepatutnye sebelum ni bilik tu untuk jadi playroom Medina) dia siap demand nak bilik tetamu, sebab bilik tu ada toilet sekali kat dalam bilik...pastu try bawak kuar pegi Sunway Pyramid...tengok2 dia lak yang syok melantak makanan, dalam masa yang sama saya lak yang kena tunggu dia abis makan supaya lepas tu dia ley tengokkan Medina...bagi makan NASI GORENG, dia kata BORING nak makan, saya goreng KEROPOK LEKOR, dia kata BORING jugak sebab dah selalu makan, sediakan stok SARDIN, supaya senang kalau dia nak masak, SARDIN tu pun dia kata BORING...agak demand kan???? Pastu nak lap2 kipas or pape yang tinggi2, siap mintak saya belikan kerusi tinggi, siap cakap nak yang brand IKEA okeh...nak gelak pun ada gak tapi tak agak2 kan bibik ni....siap mintak kerusi IKEA....bila dah tanya2 orang yang ada pengalaman guna bibik, sume nasihatkan wat tak layan jerk...last2 saya cakap wat mane yang dia boleh la, janji dia jaga Medina elok2...maybe sebab sebelum ni dia memang kerja dengan orang kaya...so bila kerja dengan orang kebanyakan macam saya, dia tak pandai nak sesuaikan diri...nak tak nak kena ikut cara saya plak la kan..tapi tu sume masa awal2 dia baru kerja....

tapi tak dapat dinafikan, bibik saya teramat rajin...siap boleh speaking english lagi tu haahhah....bayangkan ae, dia bangun pukul 5 pagi hari2, terus mandi, sapu umah, mop umah, lap tingkap, pendek kata sume benda dia dah siap lap & basuh...memang umah dah siap berkilat2 dah kalau saya bangun pukul 5.30pagi untuk b’siap2 pegi kerja....syukur sebab ada yang membantu...

dan Alhamdulillah...sekarang dia dah boleh follow cara hidup ktorang yang sederhana ni...dan memang dia jaga Medina pun nampak elok...tapi apa pun ktorang still pantau dia wat kerja dari CCTV...sebab yela hati orang kita tak tau kan...apa2 pun saya masih sentiasa beringat dan berhati2....

++ Love is in the air ++

Wednesday, March 14, 2012

Kenapa amek MAID? LAST episode


Tempoh sebulan saya dan big daddy start carik MAiD, bagi saya memang mencabar….1st skali try contact abang saya yang ada guna maid jugak, tanye pada die prosedur nak amek maid and try jugak suruh bibik abang saya tanyekan orang kg dia or sedara2 dia kalau2 ada yang nak datang Malaysia jadi maid…malangnya takde…wawaw saya fikir nak family2 bibik abang saya yang jadi maid saya sebab bibik abang saya tu memang sangat la baik dan rajin orangnya…tu yang fikir nak yang camtu jugak….

Lepas tu tanya pulak my ex-neighbour masa kat umah lama dulu…sebab my neighbour ni pun ada guna bibik gak…based on neighbour punye experience, dia pernah tukar 4orang maid dalam masa sebulan...sebabnya, ada maid yang mencuri, ada yang suka mengamuk2 bila disuruh, ada yang malas, ada yang tuduh neighbour saya curik duit dia...Ya-Allah macam tu pun ada.....tapi nak tak nak, saya kena try jugak sebab cuma nampak tu je jalannye untuk carik pengasuh yang boleh jaga Medina kat rumah.....neighbour saya pun tolong gak bagi contact num untnk agent2 yang die pernah guna…die kata ada sorang maid yang dah ready time tu, tapi sebab kami terlambat, so maid tu dah diambil orang…jangan main2, nak carik maid bukan semudah orang kata....mereka bak pisang goreng panas...tapi dalam masa nak amek maid tu, dalam hati saya, Allah je yang tahu…macam2 yang mengganggu fikiran saya…saya menangis jugak memikirkan nasib Medina yang takde orang nak jaga....dalam masa yang sama saya nak dia sentiasa sihat, takmo macam masa kat nursery dulu...sambil tu fikir gak dengan nasib sendiri yang tak kerja ni...duduk di KL takde gaji...memang mencabar...macam2 fikir dan sume negative…sebabnye, dalam hati saya takmo guna maid lagi sekarang ni…hati pun tak redha nak terima...tu yang jadi sangat stress....tp memang tak ley wat apa2…pape pun yang penting untuk Medina je dulu…

Dalam masa yang sama kitorg usaha gak pujuk nursery A supaya amek Medina balik…tapi tak berjaya…sedih ok time tu…dah la maid pun susah nak crik…nursery pun susah gak…babysitter pun susah gak…

Pastu neighbour bagitau, ada sorang maid yang available…masa tu lagi 3minggu saya nak start keje balik…big daddy pun pergi la tengok + interview maid tu…maid tu bernama Arni...bukan Arni Nazirah ye...huhuhuuh maid tu banyak kerenah la plak…big daddy test tanye, suruh bangun kol 5pagi hari2, die kata kata tak boleh, sebab kat umah owner lama die, die bangun kol 6pagi…pastu die kata tak pandai masak, padahal bukan nak suruh masak pun…yang penting jaga Medina dulu…big daddy kata gaya die macam malas2 cikit, pastu badan debab2 sikit, tu yang macam die tak larat sangat kot…so cancel takmo yang tu…

Masa kami tengah bercuti kat Kota Baharu, agent maid ada kol kami, masa tu lagi seminggu saya nak start keje,  die kata ada maid baru yang available, so balik je KD, ktorg terus jumpe agent & maid tu…bile dah jumpa maid tu, dah bincang2 & interview…dan Alhamdulillah tanggal 29/1/2012 kami start ambil bibik ni..so nama bibik saya ialah Sri Wahyu...

Sekarang dah dekat sebulan lebih bibik ni bersama saya…saya terharu sebab mak saya dan family banyak bagi sokongan pada saya...dan sekarang saya masih mencuba menyesuaikan diri, dan Alhamdulillah ini rupenya jalan yang ALLAH tunjukkan pada saya…kita cuma merangcang, tapi sebenarnye, Allah yang menentukan..

ok tamat la sudah story ini...

kata2 semangat dari abg ipar saya...dan saya takkan lupa sampai bila2...Amin


++ Love is in the air ++

nyumm nyumm

percubaan untuk senyum sambil makan
sedang menikmati spegetti
ngap ngap
berjaya senyum tanpa menjatuhkan spegetti
Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 13, 2012

Gangguan air 14 Mac

KUALA LUMPUR - Kira-kira satu juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air pada 14 Mac ini ekoran kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata gangguan akan melibatkan 153 kawasan di Hulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.

"Gangguan bekalan air dijangka berlaku selama 36 jam bermula pada pukul 8 pagi 14 Mac sehingga 8 malam keesokan harinya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata di Hulu Selangor kawasan terlibat ialah Kuang, Kundang dan keseluruhan Bandar Tasik Puteri manakala kawasan Petaling melibatkan SS1 hingga SS6 Petaling Jaya, Kelana Jaya, kawasan perdagangan bebas SS8, Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang Mas dan Taman Mayang.
Turut terlibat ialah Bukit Mayang Mas, Kampung Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria, Damansara Idaman, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana, Kampung Kayu Ara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana & Bukit Lanjan, Taman Megah Mas, Bandar Utama, Tropicana Golf, TTDI & Pinggiran TTDI, Sungai Pencala, Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera, Seksyen 12 hingga 14, Petaling Jaya, Kampung Melayu Subang, Subang Perdana, Mah Sing dan Subang Bestari.
Kawasan Kuala Lumpur melibatkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Konvensyen Sime Darby , Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setia Bistari, Jalan Setia Murni 1 hingga 12, Jalan Setia Budi, Jalan Setia Rasa, Jalan Setia
Raya, Jalan Setia Jaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setia Bakti, Jalan Setia Kasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

Klang/Shah Alam pula melibatkan Sunway Kayangan, Subang Impian, Sunway Suria, Puncak Perdana, Sungai Kapar Indah, Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kampung Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar, Kampung Delik Kanan, Kampung Delik Kiri, Kampung Delik Dalam, Kampung Delik Baru, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik, Jalan Yadi, Jalan Batu Unjur, Jalan Kim Chuan, Taman Kim Chuan, Taman Bayu Perdan, Flat Sri Angkasa, Vista Indah Apartment, Bandar Puteri, Bandar Ambang Botanic dan Taman Kota Permai.
Turut terlibat ialah kawasan Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Flat Pendamar Indah, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A, Rumah Teres Teluk Gadong Indah A, Flat Pandamaran Indah, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar dan Sobena Jaya.
Kawasan Kuala Langat pula melibatkan kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru. Abdul Halem berkata sebagai langkah persediaan Syabas telah meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta sebanyak 192 buah tangki statik di kawasan strategik bagi membekalkan air sekiranya berlakunya kecemasan.
Katanya orang ramai yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual itu boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.
Abdul Halem berkata Syabas terpaksa menutup loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 itu sepanjang penyenggaraan kerana melibatkan kerja-kerja menukar peralatan yang mengalami masalah teknikal seperti injap.
Beliau berkata hentitugas itu juga perlu dilakukan bagi penambahbaikkan pam di loji rawatan itu bagi mencapai tahap kapasiti kepada 950 jumlah liter sehari (JLH) berbanding 840 JLH sekarang. - Bernama

Sumber dari: Sinar Harian

P/S: Kota Damansara pun terlibat, tapi tadi call bibik pukul 11pg, dia kata kat rumah still ada air lagi...
               


++ Love is in the air ++

Kenapa amek MAID? SIRI 5

1st day kat taska B - turun hantar Medina dalam pukul 10am selepas siap mandikan Medina dan bagi die makan...stay kat taska tu 2jam...time tu ada owner nursery & sorang pengasuh,  baby umur 2bulan ada 2orang, yang sorang baby tu anak owner nursery tu sendiri, budak umur 1thn sorang, budak umur 2thn & 6thn sorang (dua2 anak owner nursery tu sendiri)..1st impression saya kat nursery ni, sangat tak teratur, kotor sebab tahi2 cicak bersepah tepi dinding, beg budak2 walaupun belum ramai, sume letak kat tepi2 dinding, susu & botol susu pun slumber letak atas lantai, mainan sume lebih kepada mainan budak2 tadika...takde partition or bilik pun untuk tempat tido budak kecik bawah setahun...memang open jerk dari ruang mainan sampai tempat tido...dalam saya duduk tunggu Medina, saya selidik cikit2 kat owner die, owner die kata ni 2nd branch taska die...rupe2nya taska tu sekali dengan tadika....patut la mainan banyak untuk budak2 tadika....tapi bagi saya, die macam tak pernah bukak taska pun sebab die sendiri nampak kelam kabut...lepastu, dalam saya tunggu Medina, die takde pun try nak pujuk2 Medina...urmmmm

pastu sepanjang 2jam saya kat citu, anak owner tu yang umur 2thn & 6thn...dekat 6,7 kali kuar masuk nursery tu pegi beli jajan kat area kedai deretan nursery tu...makan mamee bertabur2, owner tu tak kutip pun...ermmmm bagi saya anak die sendiri agak kurang berdisiplin kan??? owner tu plak tak tegur pun anak die..dalam pukul 2ptg tu saya datang amek Medina, Medina macam biasa tengah menangis2...malam tu saya mengadu pada big daddy pasal hal ni...dia kata esok die pun nak try tengok...

2nd day kat taska B - big daddy tunggu jugak pagi tu...pagi tu ada 2orang budak umur 4thn kalau tak silap, baru daftar...lepas tu budak tadika main plastisin pastu bersepah2 atas lantai, plastisin main kat lantai kan kotor jadiknye lantai tu....lain la kalau yang brand Play Doh... urmm lagi satu yang saya tak puas hati, mamee yang anak owner tu makan semalam ada lagi bertabur2 kat lantai, tu maknanye, owner or pengasuh kat situ tak sapu or mop lantai...tahi cicak pun still ada okeh...waaaaaaaaaa tak suka!!!!! big daddy dan saya cume stay situ dalam sejam lebih...lepas menyaksikan pergaduhan antara anak owner tu yang berumur 6thn dengan budak2 yang baru masuk, saya dan big daddy terus bawak Medina balik rumah...CANCEL terus nak hantar situ...

setelah kehabisan idea nak carik nursery & babysitter, kami pun mula berfikir2 untuk carik MAID...masa time tu tinggal lagi sebulan sebelum saya masuk kerja semula...

ok sambung lagi...


++ Love is in the air ++

Kenapa amek MAID? SIRI 4

lepastu misi mencari nursery baru plak diteruskan sebab dah mati akal tak jumpe babysitter...susah hati takyah cakap la, sebab dalam masa 2bulan kena carik betul2...


akhirnya saya jumpe sebuah nursery A yang bagi saya memang menepati selera ibu bapa...1st impression saya masa survery nursery tu, memang sangat bersih & teratur, dapur pun siap ada pagar, pengasuh ada 4orang, memang sangat friendly dan yang penting budak pun tak ramai sangat, total dalam 12orang sume...tak macam nursery Medina sebelum ni, total lebih kurang 30orang, pengasuh 2 or 3 orang....(saya kata 2-3orang sebab mesti ada je pengasuh yang berhenti)...


umur bawah setahun pun ada permainan yang bersesuaian, tak tajam, kalerful dan tak bahaya...kat tv pun memang bukak CD2 belajar yang menarik, kalau budak demam & parents bawakkan ubat, siap ada buku untuk catatan ubat tersebut, menu makanan pun teratur dan tak kongsi mangkuk bila makan...lagi satu, Kak Zah, ketua pengasuh kat situ , nampak tak kesah untuk share sume hal tentang nursery die...pendek kata memang saya suke la....so saya pun dengan suka cita try hantar Medina kat citu selama seminggu....

TAPI...Medina plak takmo dok citu...wawawawawa...sebabnya Medina dah terbiasa tak pergi nursery...dah best dok berkepit dengan mama kat rumah la tu...huhuuhuh so menangis2 memang die takmo la kan...Medina memang menangis tak henti2 masa kat nursery...masa 1st day hantar, saya tunggu kat nursery dalam sejam...masa saya ada die ok, tapi bila saya balik rumah...Medina terus menangis2...tak sampai 2jam saya balik rumah, nursery dah kol saya suruh amek Medina, sebab Medina menangis tak henti2....susu takmo, tapi makan die nak makan...tau pun dah lapar kena makan tapi bila dah makan, menangis lagi sampai muntah2...sepanjang kat nursery tu, paling lama Medina duduk pun 3jam...tu pun menangis jerk....last2 bila dah try hantar seminggu...Kak Zah, pengasuh kat nursery tu kata die tak dapat amek Medina, sebab takut mengganggu budak2 lain...yela, saya pun faham hal tu...kesian jugak kat budak2 lain...last day Medina kat nursery tu, Medina pun demam...


so bila dah kena reject dari nursery tu, saya & big Daddy ikhtiar jugak carik nursery & babysitter lain...masa tu pilihan amek MAID memang choice paling akhir....carik punya carik, tetiba ada taska B yang baru bukak kat level G, bawah rumah saya...hati saya & big daddy dah berbunga2 dah sebab taska tu dekat bawah rumah...setelah discuss dengan pengasuh kat situ, saya & big daddy pun try hantar kat taska B ni....


jeng jeng jeng...bersambung...hehehhe


++ Love is in the air ++

Sunday, March 11, 2012

Kenapa amek MAID? SIRI 3

ok sambung lagi cerita...

oleh kerana saya & big daddy berhentikan Medina dari nursery, keadaan mula la kelam kabut sebab tak tau nak hantar Medina kat mana bila kami pergi kerja...last2 demi kesihatan Medina yang dah nampak ok after discharge dari TMC, saya telah amek unpaid leave selama 2bulan...saya dah serik nak hantar Medina kat nursery lama sebab tak larat nak tengok Medina demam+batuk+selesema+cirit-birit saban minggu...sakit tu la berulang2 tak habis2...baru nak sihat, dah sakit lagik....lepas ni kalau nak hantar pun biar Medina dah besar cikit...

setelah berbincang dengan family dan bos...so starting 1 Dec 2011 - 31 Jan 2012...officially saya amek unpaid leave...dan bermula la kerjaya saya dirumah sebagai fully housewife selama 2bulan....saya memang hargai qualiti masa saya bersama Medina....tapi serius memang saya nampak perubahan kesihatannya....dan yang penting Medina memang sihat hingga kini sejak lepas warded aritu...syukur Alhamdulillah....

tapi dalam masa saya cuti tu, misi mencari babysitter bermula...dengan harapan baby sitter tu tak jaga ramai budak dan kalau boleh biar babysitter jaga Medina sorang je...tapi apakan daya, tak jumpe pun babysitter yang bersesuaian...majoriti sume nak jaga ramai2...bile jaga ramai, mesti banyak dapat fulus $$$$$....urrmmmm...

ok sambung kat next entry...hehehhe

++ Love is in the air ++

Friday, March 9, 2012

Kenapa amek MAID? SIRI 2

pic Medina di hosp tahun lepas.


syian Medina...layu jerk muke dia...





++ Love is in the air ++

Wednesday, March 7, 2012

Kenapa amek MAID? SIRI 1

nak tau tak sebab ape saya amek MAID? ok arini saya try cerita & habiskan bercerita...kalau dah lupe, klik sini

ceritanya macam ni...


21/10/2011 (Jumaat)
Medina tetiba demam teruk sampai 40darjah celcius + cirit birit...syian dia...saya balik keje je tengok die demam kat nursery...nursery pun punye bagus tak bagitau saya pun yang Medina demam...amek dari nursery kami terus pergi klinik...


22/10/2011 (sabtu)
Medina start muntah2 pulak sampai Medina dah takmo makan & minum susu..bibir dia pun dah merah sangat2...sebab badan die terlalu panas kot...lepas dah makan ubat demam , surut kejap je...pastu demam balik...tapi still muntah2 & cirit-birit....sepatutnye pada 22 & 23/1/2011 ( Sabtu & Ahad ) tu saya ada kursus di Taiping...patutlah saya rasa macam tak sedap hati je nak pergi kursus tu...rupe2nye nak dijadikan cerita, Medina pun tak sihat....


23/10/2011 (Ahad) 
Saya & Big Daddy bawak Medina ke klinik sekali lagi...tapi still takde perubahan...


24/10/2011 (Isnin)
Medina still demam tak surut2...saya pun dah ala2 mamai sebab dah beberapa malam Medina tak tido sangat & asyik cirit-birit + muntah2...malam tu saya decide nak bawak Medina pergi hospital keesokkan harinya.


25/10/2011 (selasa) 
pukul 10 pagi terus bawak Medina ke Hospital Tropicana. Saya dah agak Medina akan kena admit sebab dia dah takmo makan & minum susu...doktor kata Medina dah dehydrate...sampai hospital terus doctor masukkan ubat dekat punggung...and pasang tiub kat tangan Medina untuk masuk air....syian tengok Medina menangis2, sampai dia macam fobia dengan doctor & nurse. Lepas sejam bila dah masuk ubat dekat punggung, suhu badan Medina dah turun sikit 39 darjah celsius...lebih kurang 2 jam ktorg tunggu bilik kosong kat hospital..dalam masa menunggu, baru Medina nak minum susu...tu pun sikit jerk...dalam pukul 12tgh baru dapat masuk ward.


jadinya, dekat 4hari jugak la kami sekeluarga berkampung di hospital....hampir setiap 2jam suhu badan Medina di check...Alhamdulillah Medina dapat keluar ward setelah 4hari tangan dia berbalut sebab kena masuk air dan antibiotik...doctor kata antibodi Medina lemah, sebab dia memang selalu demam sepanjang di nursery...lepas tu saya & big daddy bertekad nak berhentikan Medina dari nursery, supaya kesihatan Medina lebih terjaga.


ok sebenarnya cerita tak habis lagi...nanti saya try sambung lagik ye?

++ Love is in the air ++

Medina's first word

Mama

Abah

Kakak

Nah

Nak

Air

Car

Alamak

mamam (makan)


tik (cantik)



Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 6, 2012

Testing Posted via blogger-droid

Sebenarnye aku baru je testing update blog gune blogger-droid...setelah aku godeh2 tutorialnye, tu yang aku mencuba dengan jaya nye...

Eh jap, meh layan pic medina bermandi manda jom



Published with Blogger-droid v2.0.4

Medina menulis




Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 5, 2012

29/1/2012 - 31/1/2012 Kota Baharu

Cuti raya Cina bulan satu yang lepas saya dan PIL cuti2 ke Kota Baharu....gerak dari Kuantan, rumah PIL, pagi Ahad 29hb1.....hari Selasa, 31hb1 baru balik ke Kuantan...syok jugak pegi Kelantan walaupun syian jugak tengok Medina kepanasan di Pengkalan Kubor & wakaf che yeh....tapi jalan tetap jalan...yang bagusnye Medina tak mengamuk walaupun kepanasan hahahha....maybe die enjoy jugak tengok macam2 benda....tapi hajat my MIL nak ke Rantau Panjang tak kesampaian sebab Rantau Panjang terlalu full dengan umat manusia....just imagine, dekat 2jam terperangkap kat pintu imigresen....tak boleh masuk langsung....lepas dah soal selidik orang tempatan kat situ, kitaorang memang terus batalkan niat nak ke sana....maybe next time boleh ke sana lagi...InsyaAllah....;P


@Pengkalan Kubor..Medina dah kepanasan hahaha
tetido sambil baca buku...


with my FIL at Terengganu



++ Love is in the air ++