Monday, January 5, 2015

Ameen 1st time naik kapal terbang

Oleh kerana highway LPT (Kuantan to KL) naik air sebab banjir baru-baru ni...jadi aku dan Big Daddy pun balik KL naik flight...ramai kawan-kawan cadangkan balik KL lalu jalan lama tapi memang aku fikir beratus kali la kalau nak lalu jalan yang berjam-jam lamanya...rata-rata kawan-kawan aku yang balik guna jalan lama kata 8-12jam perjalanan dieorang...gluppp...telan air liur aku dengar...lepas tu Ameen ni jenis bosan duduk dalam kereta lama-lama...tu la yang paling mencabar tu...huhuuhuh...

Tapi aku neves juga nak bawak Ameen naik kapal terbang...sebab 1st time kan...dalam hati aku berdoa banyak-banyak harap-harap Ameen ok...Jadinya 2 Jan 2015 haritu kami pun balik KL naik flight...tu je aku rasa tiket paling murah aku dapat untuk balik KL...sehari sebelum tu harga sampai RM1k plus plus...mak ai mahal betul padahal nak balik KL 40minit je pun kan...

Flight delayed dalam setengah jam sebab katanya trafik udara sibuk...mula-mula naik tu Ameen ok je, tapi bila dah start terbang dan lampu dalam flight dah padam, Ameen mula la tak duduk diam...lepas tu apa lagi Ameen pun mengamuk...ok Ameen mengamuk bukan sikit-sikit punya mengamuk...dia punya suara satu flight boleh dengar hahahah...lepas tu dia dah penat nanges, dia ok kejap...bagi makanan semua, dia ok kejap...lepas tu dia main-main kejap, lepas tu nanges lagi...dia punya kemuncak time elok-elok kapal terbang nak landing...Ameen mengamuk sampai kat bawah kerusi penumpang kat depan aku...adohai sabar je la...mujur dapat ditenangkan sampai kapal terbang landing...

Tapi aku memang dah boleh agak Ameen akan mengamuk, sebab kalau naik kereta lama-lama pun dia bosan...kira percubaan bawak Ameen naik flight kali ni gagal muahahhaha...alahai Ameen, macam mana nak plan pergi travel kalau nak naik kapal terbang 40 minit pun dah nanges ni whahahahah...


Jalan-jalan macam ni la yang Ameen suka...
Dia puas hati kalau bagi dia jalan sana sini tanpa halangan...
Sorry mama, lain kali kita try lagi naik flight hihiihih

++ Love is in the air ++

No comments: