Thursday, September 23, 2010

Posisi Tidur Semasa Hamil

Kebiasaannya wanita hamil mengalami masalah untuk tidur terutamanya semasa trimester ketiga. Antara penyebab biasa yang mengganggu tidur anda mungkin:
  • Saiz perut yang semakin besar //saya dah alami, perut start nampak besar bila kandungan masuk 6 bulan ;)
  • Sakit belakang //saya alami dari start awal pregnant sampai sekarang
  • Pedih ulu hati //saya alami, tapi sekarang dah kurang
  • Sukar bernafas
  • Insomnia //kadang-kadang sebab badan rasa sangat lenguh dan panas

Posisi yang terbaik

  • {mosimage}Tidur mengiring ke kiri. Posisi ini tidak menyekat pengaliran darah (dan nutrien) daripada anda kepada plasenta dan bayi.
  • Bengkokkan kaki anda.
  • Untuk lebih selesa, kepitkan bantal antara dua belah paha anda.
  • Jika anda mengalami sakit belakang, sandar bawah perut anda dengan bantal. //saya buat macam ni, rasa selesa sikit bila tidur
  • Jika anda mengalami pedih ulu hati, pastikan kedudukan bahagian atas badan anda (daripada kepala membawa ke perut) lebih tinggi, sekali lagi bantal banyak membantu.

Posisi yang harus dielakkan

Tidur terlentang
Boleh menyebabkan masalah sakit belakang, pernafasan, penghadaman, sembelit, pengaliran darah tidak lancar. Ini kerana tekanan daripada perut anda.
Tidur meniarap
Bila perut anda semakin besar, sukar untuk anda meniarap.
Sumber dari : http://ratuhati.com/

No comments: