Procedure untuk Biliari Atresia:
1.
Abdominal ultrasound: Ameen buat ultrasound 2kali di Hospital Tropicana untuk
tengok kedudukan saluran hati ke hempedu Ameen. 1st ultrasound, tak Nampak
saluran hati ke hempedu...tapi 2nd ultrasound doctor kata Ameen ada
saluran tu.
2.
HIDA SCAN (hepatobiliary iminodiacetic acid): Ameen buat scan ni di Prince
Court selama 2hari...untuk scan ni Ameen kena puasa selama 4jam...lepas tu
sedikit cecair berwarna dimasukkan ke dalam badan Ameen...setiap jam Ameen akan
discan untuk tengok aliran cecair berwarna tu...result scan tu menunjukkan
Ameen tiada saluran hati ke hempedu...doctor diagnoskan sebagai Biliari
Atresia. Tapi menurut Dato’ Dr Zakaria, aliran dalam salur tu tak kelihatan sebab
masa tu organ dalaman Ameen masih kecil dan belum matang sepenuhnya...
3.
Liver biopsy: Ameen buat test ni masa kat Hospital Pantai...sekali lagi Ameen
kena puasa 4jam dan tisu hati Ameen diambil menggunakan jarum halus...semalaman
jugak menangis sebab sakit kesan dari test ni...tisu akan ditest samaada hati
Ameen berfungsi atau tak...dan resultnye, doctor kata hati Ameen berfungsi
dengan baik...tapi doctor still nak buat OTC operation sebab doctor kata bacaan
darah Ameen tak normal...
4.
Intraoperative cholangiogram: OTC operation yang kami decide taknak buat pada
Ameen walapun doctor pada mulanya memang suruh jugak kami buat sebelum umur
Ameen 60hari...kalau baby yang memang totally Biliary Atresia, after buat OTC
ni memang akan terus proceed untuk Kasai Operation.
5. Kasai Procedure: Kasai ni memang
operation khas untuk penyakit Biliari Atresia sebab peyakit ini tiada ubat...hempedu luar akan
dibuang dan usus kecil akan disambungkan ke porta hepatis. Prognosis penyakit
ini adalah lebih baik jika pembedahan ini dapat dilakukan sebelum berumur 60
hari. Kesan dari Kasai Operation, 1/3 pembedahan akan gagal, 1/3 akan sembuh
normal dan 1/3 lagi perlukan rawatan yang berpanjangan di hospital untuk
komplikasi-komplikasi yang timbul.
6. Liver Transplantationsistem: selepas
pembedahan Kasai, biasanya pesakit akan mengalami kerosakan hati, liver transplant
saja yang boleh dilakukan pada peringkat ini.
++ Love is in the air ++