Thursday, August 29, 2013

Procedure untuk Biliari Atresia

Procedure untuk Biliari Atresia:

1. Abdominal ultrasound: Ameen buat ultrasound 2kali di Hospital Tropicana untuk tengok kedudukan saluran hati ke hempedu Ameen. 1st ultrasound, tak Nampak saluran hati ke hempedu...tapi 2nd ultrasound doctor kata Ameen ada saluran tu.

2. HIDA SCAN (hepatobiliary iminodiacetic acid): Ameen buat scan ni di Prince Court selama 2hari...untuk scan ni Ameen kena puasa selama 4jam...lepas tu sedikit cecair berwarna dimasukkan ke dalam badan Ameen...setiap jam Ameen akan discan untuk tengok aliran cecair berwarna tu...result scan tu menunjukkan Ameen tiada saluran hati ke hempedu...doctor diagnoskan sebagai Biliari Atresia. Tapi menurut Dato’ Dr Zakaria, aliran dalam salur tu tak kelihatan sebab masa tu organ dalaman Ameen masih kecil dan belum matang sepenuhnya...

3. Liver biopsy: Ameen buat test ni masa kat Hospital Pantai...sekali lagi Ameen kena puasa 4jam dan tisu hati Ameen diambil menggunakan jarum halus...semalaman jugak menangis sebab sakit kesan dari test ni...tisu akan ditest samaada hati Ameen berfungsi atau tak...dan resultnye, doctor kata hati Ameen berfungsi dengan baik...tapi doctor still nak buat OTC operation sebab doctor kata bacaan darah Ameen tak normal...

4. Intraoperative cholangiogram: OTC operation yang kami decide taknak buat pada Ameen walapun doctor pada mulanya memang suruh jugak kami buat sebelum umur Ameen 60hari...kalau baby yang memang totally Biliary Atresia, after buat OTC ni memang akan terus proceed untuk Kasai Operation.

5. Kasai Procedure: Kasai ni memang operation khas untuk penyakit Biliari Atresia sebab peyakit ini tiada ubat...hempedu luar akan dibuang dan usus kecil akan disambungkan ke porta hepatis. Prognosis penyakit ini adalah lebih baik jika pembedahan ini dapat dilakukan sebelum berumur 60 hari. Kesan dari Kasai Operation, 1/3 pembedahan akan gagal, 1/3 akan sembuh normal dan 1/3 lagi perlukan rawatan yang berpanjangan di hospital untuk komplikasi-komplikasi yang timbul.

6. Liver Transplantationsistem: selepas pembedahan Kasai, biasanya pesakit akan mengalami kerosakan hati, liver transplant saja yang boleh dilakukan pada peringkat ini.




++ Love is in the air ++

3 comments:

Unknown said...

Mcm mana keadaan ank puan skng

Salasiah Ammar said...

Alhamdulillah anak saya sihat...cuma kes anak saya ni doctor tersilap diagnose...

Unknown said...

salam puan.. baby saya ada masalah biliary atresia. boleh saya dptkan personal email or phone no. utk perbicangan lanjut. fyi, kami bercadang utk dptkan perubatan alternatif dan mengelak kasai procedure. diharapkan pengalaman puan menjadi info berguna utk kami.
azam (ahyaulazam@yahoo.com)