Monday, December 22, 2014

Projek D.I.Y. - Kotak untuk cable

Aku rasa benda ni memang masalah semua orang...masalah bab nak kemaskan cable yang berselirat...aku memang la tak suka betul dengan cable-cable ni sebab kalau dah berhabuk susah nak bersihkan...tapi nak buat macam mana, semua benda elektrik ni mesti ada cable kan...

Jadinya aku pun cuba la D.I.Y. kotak untuk kemaskan cable yang ada...tapi bagi aku tak berapa nak jadi, tapi kira ok la, daripada nampak sangat keserabutan cabel tu hahahh...kalau nak beli kotak yang dah siap memang ada, tapi aku rasa saiz die macam besar je...macam tak sesuai plak nak letak kat ruang tempat cable kat rumah aku...

Jadi bila Ameen tidur je, maka bermula la projek aku...nak buat benda macam ni kena tunggu malam je la, kalau tak Ameen buat kacau je nanti...huhuuh

Bahan-bahan yang ada kat rumah, aku main guna je....
kotak tisu tu mesti kena jenama 1 Malaysia tau wahhahahahahha....
Pinjam pembaris Medina...hahahha punya la semangat siap ukur bagai...
Sebelum aku tutup cable tu...serius serabut kan walaupun aku dah cuba untuk ikat disana sini....
Ha...kan ok sikit bila dah tutup hahhahaha boleh la kan daripada tadi...hahahhaha

++ Love is in the air ++

Projek D.I.Y. - Cantikkan Tong Sampah

Ha!! itu dia...tajuk bukan main eksyen kan...hihihiih "cantikkan tong sampah" hahahah

Sebenarnya aku dah bercadang nak beli tong sampah baru tau, hahahhaha Alasan aku nak beli baru kononnya sebab tong sampah ni dah 3tahun guna dan body dia dah tak berkilat dan juga tempat tekan kat kaki tu dah tercabut...hihihihi biasa la bagi alasan biar kukuh dan padat...

Tapi mujur kawan baik aku ajak aku join group deco kat dalam FB...maka niat aku nak beli tong sampah baru pun berjaya diluputkan hahahhaha...kalau tak, nak beli design sama macam tong sampah yang ada sekarang ni pun dekat RM80 jugak harganya...erkkk...

Jadi disebabkan terpengaruh dengan group deco kat FB tu, aku pun dapat la idea nak cantikkan tong sampah aku...aku memang suka bab kemas-kemas tapi bab kreatif menghias ni agak failed sikit...jadi bila tengok orang lain D.I.Y., berguna jugak la idea-idea tu untuk minda aku supaya lebih "out of the box" hihihihi...

Maka jadi la D.I.Y. aku buat pertama kalinya...eh tapi aku minta tolong Big Daddy yang tampalkan sebab aku tau kepakaran dia lebih baik untuk bab macam ni...heheheh

untuk sticker tong sampah ni aku beli kat Daiso, RM5 je...cukup guna sekeping je...sebenarnya sticker ni untuk yang lekat kat tempat masak tu...tapi aku ubah letak kat tong sampah...sebab tu ada wording "Happy Cooking Time" kat sticker tu...ala buat-buat tak nampak sudah la word tu ya hahahahah janji aku suka corak & color dia hehehehe....

Sebelum kena tampal, nampak kan dah tak kilat body dia....huhuhuhu
Taraaaa bila dah tampal nampak comel sikit hahahahha
SILA ABAIKAN SEDIKIT KECACATAN yang ada hahhahaha


++ Love is in the air ++

Wednesday, December 17, 2014

Happy 4th Birthday Medina

Hari ni birthday Medina...tapi Medina takda sebab Tokmi pinjam bawak balik kampung...tapi takpa, nextweek mama abah balik, kita sambut birthday okey...peluk cium sayang Medina...


++ Love is in the air ++

Tuesday, December 16, 2014

Cosans Coffee @ Cascades, Kota Damansara

Cerita pasal anniversary haritu, Big Daddy ajak lepak kat Cosans Coffee...mula-mula aku ajak minum kat tempat lain, tapi sebab Cafe tu ada tulis "PORK FREE", terus tergendala selera aku...padan muka aku, siapa suruh main nak try pergi je kan...hahahahah...

Sampai kat Cosans Coffee, kat luar tu ternampak Farah Lee, wife Ally Iskandar bersama team model dia tengah nak photoshoot baju...model dia lawa-lawa...Oppss, tapi Farah Lee ni lagi cute miut hehehehe...

Terus masuk dan order air kat dalam...Big Daddy request nak suruh buat art coffee tulis "5th Anniversary"...tapi waiter tu kata tak boleh sebab panjang sangat...wahahhahah...aku dah tersegan-segan...sebab aku rasa takda lagi kot customer request macam tu hahhahah...tapi macam mana Big Daddy boleh terfikir nak request ayat panjang kat atas secawan air...muahahhahah...tapi Big Daddy request jugak tulis apa-apa atas tu...maka jadilah seperti gambar dibawah...hihihi...TQ Big Daddy, buat susah-susah je...tau la wife dia tengah obses dengan art coffee...lalalalala

Lepas dah order terus cari tempat duduk, niat hati nak duduk kat dalam sebab ada aircond, tapi aku tengok semua orang yang kat dalam macam serius diskus pasal bisnes je, jadinya terpaksa la aku cari seat kat luar...lagi relek & santai...tapi best juga kat luar sebab boleh sambung tengok Farah Lee punya model photoshoot heheheh...amik port pulak memang betul-betul sebelah model nak photoshoot....hahaha kepoh kan aku...Usha punya usha, dapatlah juga peluang aku amek gambar tumpang glemer jap dengan Farah Lee...hahahahah...

Believe in great Coffee
Hasil art coffee yang Big Daddy request, walaupun number 5 tu macam besar sangat saiz dia hahahahhaha
nak juga sekali sekala letak gambar sendiri...hihiihi
1st time ni buat tak malu ambil gambar dengan selebriti...hihiihi

Info Cosans Coffee, Cascades Kota Damansara:
Alamat: No.13A, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810
Opening Hours: Sun-Thu (10am – 1am), Fri-Sat (10am – 2am)

++ Love is in the air ++

Friday, December 12, 2014

Ulangtahun Perkahwinan ke-5

Hari ini genap 5 tahun usia perkahwinan aku dan Big Daddy...kalau kenang-kenang balik zaman nak kahwin dulu...kahwin masa betul-betul aku baru habis belajar...kahwin masa aku belum kerja pulak tu...hahahha kalau ikut kewangan aku, memang zero hahahha...kenduri kahwin memang family aku yang tanggung...barang hantaran pun Big Daddy cover...tapi mujur Big daddy dah kerja dulu...yelah senior, dah habis study awal dari aku...tapi tu la jodohkan...semua dipermudahkan...Family Big Daddy merisik, family aku setuju, terus jadi....walaupun semuanya simple tapi Alhamdulillah...aku bersyukur...

Awal-awal nak setup hidup, semua tough...gaji Big Daddy cukup-cukup makan, aku pulak belum dapat kerja...masa tu sewa rumah pun dah RM1k...erkkkk sesak nafas jugak...tapi bila aku dapat kerja, dalam masa yang sama aku mengandung...rezeki datang serentak...Alhamdulillah...ringan sikit dugaan hidup...

Slow-slow kayuh dengan dugaan yang macam-macam, hingga kehidupan hari ini...Alhamdulillah, walaupun kehidupan tak sekaya orang lain, tapi tak sesusah orang yang lagi kurang mampu...cukup la biasa-biasa asalkan rumahtangga aku dan Big Daddy kekal selama-lamanya...

Jom layan gambar candid...





++ Love is in the air ++

Wednesday, December 10, 2014

Ayers Rock Butcher and Grill @ Kota Damansara

Siapa suka makan steak mesti suka tempat ni.....macam aku tak berapa minat sangat tapi tak bermakna aku tak boleh pergi steak house tau...heheheheh steak house ni memang tempat feveret Big Daddy...nama dia Ayers Rock Butcher and Grill...tempat dia kat Kota Damansara...biasalah aku memang carik tempat yang dekat dengan rumah aku jerk ahhahahahha....

Menurut peminat tegar a.k.a Meat Lover a.k.a Big Daddy, daging kat sini memang very juicy, lembut, masak elok-elok jerk...tapi memang lembut pun tau, sebab aku suka tumpang rasa makanan Big daddy hahhahahahah....korang boleh pilih sendiri steak tu nak masak jenis macam mana "Well Done" ke, "Medium Rare" ke, "Rare" ke...pilih la mana-mana ikut taste masing-masing....Macam aku yang tak western sangat, maklumla mulut "Jawa" heheheh...aku suka Beef Burger or Grill Chicken...

Tempat dia memang cun dan berkonsepkan barangan Aussie...Halal dan pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan TV3 ewah nak jugak bagitau hihiihih...Katanya owner dia Melayu yang pernah duduk kat Aussie...kira aku rasa hiasan kedai tu dari hasil collection owner dia kot...Branch yang kat Kota Damansara ni dan setakat yang aku selalu pergi, memang tak sesak sangat...kira aman la kalau nak menikmati makanan sambil melayan anakku Al-Ameen yang tak duduk diam....muahahhaha Price dia reasonable...

Ha lagi satu yang menarik untuk ladies, Ayers Rock ni sebelah je dengan Butik Al-Humaira Contemporary, sederet dengan Imaan Boutique dan Ashh&Annas....Erkkk Zawara pun dekat jugak tau, tapi kena jalan depan sikit....Perhhh banyak butik.....ladies confirm tau la nama-nama besar butik-butik ni....memang aku confirm sangat-sangat hahahahhha, so boleh la lepas shopping singgah makan kat sini hehehehhehe.....memang dekat sangat ok, jalan kaki je sampai hahhahaha...

Branch Kota Damansara
Nak jugak tunjuk bukti hahahhah
Mushroom Soup tapi bagi aku agak cair...
Grill Chicken untuk aku...
Erkk Meat Lover ni kalau order tak cukup sepinggan tau...
Setelah buat perangai beberapa kali....Phew...bukan senang nak bagi Al-Ameen duduk diam macam ni tau hahahhaha duduk dekat baby chair pun dah taknak sekarang ni....amboi!!


Info Ayers Rock Butcher and Grill, Kota Damansara:
Alamat: 12A, Jalan PJU 5/20D, The Strand, Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Opening Hours: 11am-11pm
Telefon: 03-6142 6233


++ Love is in the air ++

Tuesday, December 2, 2014

Wood & Steel @ Kota Damansara

Petang semalam, balik kerja big daddy ajak makan kat Wood & Steel...sebenarnya saya mengidam nak minum coffee yang ada lukis-lukis...hahahaha tak jauh pun dari rumah...dalam 10minit je...tapi sebab tak pernah pergi kedai ni, tu yang saya teruja dengan design dia....dah lama dah kedai ni sebenarnya tapi saya yang baru tau kewujudannya gara-gara lepas tengok rancangan "Sembang Teh Tarik - Dato' AC Mizal dengan Amy Search"....so siapa-siapa yang suka minum kopi bersantai-santai, boleh la try kat cafe ni pulak....


Wood & Steel, Kota Damansara
Dalam dia unik...siapa masuk sini confirm nak amek gambar...

Ini Big Daddy, sebagai pelakon utama hahahha
"This is a swan" kata waitress kepada saya hahhahaha

Menu petang semalam: Shrimp Burger & Beef Burger

Info Wood & Steel, Kota Damansara:
Alamat: 33G, Jln PJU 5/20E, The Strand, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor 
Opening Hours: 9.00am – 11.00pm, closed on Mondays 
Telefon:03-6151 8081


++ Love is in the air ++