Friday, May 27, 2011

FISIO

De Quervain...sebab de quervain ni la saya kena pergi buat fisio sebanyak 12kali...huhu...setakat ni dah 5kali saya pergi fisio...dah dekat sebulan sebenarnya saya kena de quervain ni. Mula2 ingat sakit salah urat macam biasa, rupenya bukan...huhuhu patut la dah pergi berurut pun tak baik2....last2 pergi klinik, terus kena buat fisio.....

tangan kena bungkus dengan hot pad
fisio

meh sini saya share sikit pasal de quervain ni...


Apa itu De Quervain?
De Quervain adalah keradangan tendon pada sisi pergelangan tangan di pangkalan ibu jari. De Quervain boleh menyebabkan diri mengalami kecederaan seperti ketegangan secara tidak langsung. Sebab-sebab terjadinya ketegangan ini termasuklah mengangkat benda-benda berat seperti pasu bunga, mengangkat batu bata dan lain-lain lagi.

Simptom De Quervain
De Quervain  menyebabkan kesakitan dan kelembutan di tepi pergelangan tangan di bawah pangkalan ibu jari. Kadangkala kawasan itu menjadi bengkak dan sedikit kemerahan.




++ Love is in the air ++

No comments: