Monday, December 22, 2014

Projek D.I.Y. - Kotak untuk cable

Aku rasa benda ni memang masalah semua orang...masalah bab nak kemaskan cable yang berselirat...aku memang la tak suka betul dengan cable-cable ni sebab kalau dah berhabuk susah nak bersihkan...tapi nak buat macam mana, semua benda elektrik ni mesti ada cable kan...

Jadinya aku pun cuba la D.I.Y. kotak untuk kemaskan cable yang ada...tapi bagi aku tak berapa nak jadi, tapi kira ok la, daripada nampak sangat keserabutan cabel tu hahahh...kalau nak beli kotak yang dah siap memang ada, tapi aku rasa saiz die macam besar je...macam tak sesuai plak nak letak kat ruang tempat cable kat rumah aku...

Jadi bila Ameen tidur je, maka bermula la projek aku...nak buat benda macam ni kena tunggu malam je la, kalau tak Ameen buat kacau je nanti...huhuuh

Bahan-bahan yang ada kat rumah, aku main guna je....
kotak tisu tu mesti kena jenama 1 Malaysia tau wahhahahahahha....
Pinjam pembaris Medina...hahahha punya la semangat siap ukur bagai...
Sebelum aku tutup cable tu...serius serabut kan walaupun aku dah cuba untuk ikat disana sini....
Ha...kan ok sikit bila dah tutup hahhahaha boleh la kan daripada tadi...hahahhaha

++ Love is in the air ++

Projek D.I.Y. - Cantikkan Tong Sampah

Ha!! itu dia...tajuk bukan main eksyen kan...hihihiih "cantikkan tong sampah" hahahah

Sebenarnya aku dah bercadang nak beli tong sampah baru tau, hahahhaha Alasan aku nak beli baru kononnya sebab tong sampah ni dah 3tahun guna dan body dia dah tak berkilat dan juga tempat tekan kat kaki tu dah tercabut...hihihihi biasa la bagi alasan biar kukuh dan padat...

Tapi mujur kawan baik aku ajak aku join group deco kat dalam FB...maka niat aku nak beli tong sampah baru pun berjaya diluputkan hahahhaha...kalau tak, nak beli design sama macam tong sampah yang ada sekarang ni pun dekat RM80 jugak harganya...erkkk...

Jadi disebabkan terpengaruh dengan group deco kat FB tu, aku pun dapat la idea nak cantikkan tong sampah aku...aku memang suka bab kemas-kemas tapi bab kreatif menghias ni agak failed sikit...jadi bila tengok orang lain D.I.Y., berguna jugak la idea-idea tu untuk minda aku supaya lebih "out of the box" hihihihi...

Maka jadi la D.I.Y. aku buat pertama kalinya...eh tapi aku minta tolong Big Daddy yang tampalkan sebab aku tau kepakaran dia lebih baik untuk bab macam ni...heheheh

untuk sticker tong sampah ni aku beli kat Daiso, RM5 je...cukup guna sekeping je...sebenarnya sticker ni untuk yang lekat kat tempat masak tu...tapi aku ubah letak kat tong sampah...sebab tu ada wording "Happy Cooking Time" kat sticker tu...ala buat-buat tak nampak sudah la word tu ya hahahahah janji aku suka corak & color dia hehehehe....

Sebelum kena tampal, nampak kan dah tak kilat body dia....huhuhuhu
Taraaaa bila dah tampal nampak comel sikit hahahahha
SILA ABAIKAN SEDIKIT KECACATAN yang ada hahhahaha


++ Love is in the air ++

Wednesday, December 17, 2014

Happy 4th Birthday Medina

Hari ni birthday Medina...tapi Medina takda sebab Tokmi pinjam bawak balik kampung...tapi takpa, nextweek mama abah balik, kita sambut birthday okey...peluk cium sayang Medina...


++ Love is in the air ++

Tuesday, December 16, 2014

Cosans Coffee @ Cascades, Kota Damansara

Cerita pasal anniversary haritu, Big Daddy ajak lepak kat Cosans Coffee...mula-mula aku ajak minum kat tempat lain, tapi sebab Cafe tu ada tulis "PORK FREE", terus tergendala selera aku...padan muka aku, siapa suruh main nak try pergi je kan...hahahahah...

Sampai kat Cosans Coffee, kat luar tu ternampak Farah Lee, wife Ally Iskandar bersama team model dia tengah nak photoshoot baju...model dia lawa-lawa...Oppss, tapi Farah Lee ni lagi cute miut hehehehe...

Terus masuk dan order air kat dalam...Big Daddy request nak suruh buat art coffee tulis "5th Anniversary"...tapi waiter tu kata tak boleh sebab panjang sangat...wahahhahah...aku dah tersegan-segan...sebab aku rasa takda lagi kot customer request macam tu hahhahah...tapi macam mana Big Daddy boleh terfikir nak request ayat panjang kat atas secawan air...muahahhahah...tapi Big Daddy request jugak tulis apa-apa atas tu...maka jadilah seperti gambar dibawah...hihihi...TQ Big Daddy, buat susah-susah je...tau la wife dia tengah obses dengan art coffee...lalalalala

Lepas dah order terus cari tempat duduk, niat hati nak duduk kat dalam sebab ada aircond, tapi aku tengok semua orang yang kat dalam macam serius diskus pasal bisnes je, jadinya terpaksa la aku cari seat kat luar...lagi relek & santai...tapi best juga kat luar sebab boleh sambung tengok Farah Lee punya model photoshoot heheheh...amik port pulak memang betul-betul sebelah model nak photoshoot....hahaha kepoh kan aku...Usha punya usha, dapatlah juga peluang aku amek gambar tumpang glemer jap dengan Farah Lee...hahahahah...

Believe in great Coffee
Hasil art coffee yang Big Daddy request, walaupun number 5 tu macam besar sangat saiz dia hahahahhaha
nak juga sekali sekala letak gambar sendiri...hihiihi
1st time ni buat tak malu ambil gambar dengan selebriti...hihiihi

Info Cosans Coffee, Cascades Kota Damansara:
Alamat: No.13A, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810
Opening Hours: Sun-Thu (10am – 1am), Fri-Sat (10am – 2am)

++ Love is in the air ++

Friday, December 12, 2014

Ulangtahun Perkahwinan ke-5

Hari ini genap 5 tahun usia perkahwinan aku dan Big Daddy...kalau kenang-kenang balik zaman nak kahwin dulu...kahwin masa betul-betul aku baru habis belajar...kahwin masa aku belum kerja pulak tu...hahahha kalau ikut kewangan aku, memang zero hahahha...kenduri kahwin memang family aku yang tanggung...barang hantaran pun Big Daddy cover...tapi mujur Big daddy dah kerja dulu...yelah senior, dah habis study awal dari aku...tapi tu la jodohkan...semua dipermudahkan...Family Big Daddy merisik, family aku setuju, terus jadi....walaupun semuanya simple tapi Alhamdulillah...aku bersyukur...

Awal-awal nak setup hidup, semua tough...gaji Big Daddy cukup-cukup makan, aku pulak belum dapat kerja...masa tu sewa rumah pun dah RM1k...erkkkk sesak nafas jugak...tapi bila aku dapat kerja, dalam masa yang sama aku mengandung...rezeki datang serentak...Alhamdulillah...ringan sikit dugaan hidup...

Slow-slow kayuh dengan dugaan yang macam-macam, hingga kehidupan hari ini...Alhamdulillah, walaupun kehidupan tak sekaya orang lain, tapi tak sesusah orang yang lagi kurang mampu...cukup la biasa-biasa asalkan rumahtangga aku dan Big Daddy kekal selama-lamanya...

Jom layan gambar candid...





++ Love is in the air ++

Wednesday, December 10, 2014

Ayers Rock Butcher and Grill @ Kota Damansara

Siapa suka makan steak mesti suka tempat ni.....macam aku tak berapa minat sangat tapi tak bermakna aku tak boleh pergi steak house tau...heheheheh steak house ni memang tempat feveret Big Daddy...nama dia Ayers Rock Butcher and Grill...tempat dia kat Kota Damansara...biasalah aku memang carik tempat yang dekat dengan rumah aku jerk ahhahahahha....

Menurut peminat tegar a.k.a Meat Lover a.k.a Big Daddy, daging kat sini memang very juicy, lembut, masak elok-elok jerk...tapi memang lembut pun tau, sebab aku suka tumpang rasa makanan Big daddy hahhahahahah....korang boleh pilih sendiri steak tu nak masak jenis macam mana "Well Done" ke, "Medium Rare" ke, "Rare" ke...pilih la mana-mana ikut taste masing-masing....Macam aku yang tak western sangat, maklumla mulut "Jawa" heheheh...aku suka Beef Burger or Grill Chicken...

Tempat dia memang cun dan berkonsepkan barangan Aussie...Halal dan pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan TV3 ewah nak jugak bagitau hihiihih...Katanya owner dia Melayu yang pernah duduk kat Aussie...kira aku rasa hiasan kedai tu dari hasil collection owner dia kot...Branch yang kat Kota Damansara ni dan setakat yang aku selalu pergi, memang tak sesak sangat...kira aman la kalau nak menikmati makanan sambil melayan anakku Al-Ameen yang tak duduk diam....muahahhaha Price dia reasonable...

Ha lagi satu yang menarik untuk ladies, Ayers Rock ni sebelah je dengan Butik Al-Humaira Contemporary, sederet dengan Imaan Boutique dan Ashh&Annas....Erkkk Zawara pun dekat jugak tau, tapi kena jalan depan sikit....Perhhh banyak butik.....ladies confirm tau la nama-nama besar butik-butik ni....memang aku confirm sangat-sangat hahahahhha, so boleh la lepas shopping singgah makan kat sini hehehehhehe.....memang dekat sangat ok, jalan kaki je sampai hahhahaha...

Branch Kota Damansara
Nak jugak tunjuk bukti hahahhah
Mushroom Soup tapi bagi aku agak cair...
Grill Chicken untuk aku...
Erkk Meat Lover ni kalau order tak cukup sepinggan tau...
Setelah buat perangai beberapa kali....Phew...bukan senang nak bagi Al-Ameen duduk diam macam ni tau hahahhaha duduk dekat baby chair pun dah taknak sekarang ni....amboi!!


Info Ayers Rock Butcher and Grill, Kota Damansara:
Alamat: 12A, Jalan PJU 5/20D, The Strand, Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Opening Hours: 11am-11pm
Telefon: 03-6142 6233


++ Love is in the air ++

Tuesday, December 2, 2014

Wood & Steel @ Kota Damansara

Petang semalam, balik kerja big daddy ajak makan kat Wood & Steel...sebenarnya saya mengidam nak minum coffee yang ada lukis-lukis...hahahaha tak jauh pun dari rumah...dalam 10minit je...tapi sebab tak pernah pergi kedai ni, tu yang saya teruja dengan design dia....dah lama dah kedai ni sebenarnya tapi saya yang baru tau kewujudannya gara-gara lepas tengok rancangan "Sembang Teh Tarik - Dato' AC Mizal dengan Amy Search"....so siapa-siapa yang suka minum kopi bersantai-santai, boleh la try kat cafe ni pulak....


Wood & Steel, Kota Damansara
Dalam dia unik...siapa masuk sini confirm nak amek gambar...

Ini Big Daddy, sebagai pelakon utama hahahha
"This is a swan" kata waitress kepada saya hahhahaha

Menu petang semalam: Shrimp Burger & Beef Burger

Info Wood & Steel, Kota Damansara:
Alamat: 33G, Jln PJU 5/20E, The Strand, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor 
Opening Hours: 9.00am – 11.00pm, closed on Mondays 
Telefon:03-6151 8081


++ Love is in the air ++

Sunday, November 30, 2014

Upin Ipin dan Ultraman Ribut

Kisah karnival upin ipin 2minggu lepas...saya la antara pengunjung yang mendaki bukit PICC demi nak bawak Medina & Ameen tengok Ultraman...hahhaha kelakar memang kelakar jugak....kalah nak pergi konvo tau....masa dulu saya konvo kat sini takde lah sampi kena daki bukit hahahahha....

tapi kalau tau memang ramai macam tu sekali memang saya cancel tak bawa anak-anak...tapi sebab dan janji dan dah sampai punya pasal, ku gagahi juga menapak dari parking yang jauh, daki bukit plak tu...mujur saya tak pakai high heel dan makeup ala-ala pengantin....muahahhahah lepas tu orang ramai sangat-sangat...sampai rasa habis oksigen kat situ hahahahhaha.....tapi misi redah meredah kami berbaloi sebab masa sampai ngam-ngam je time show Ultraman....mujur misi utama memang nak tengok Ultraman...sebab memang tak dapat tengok upin ipin pun....huhuhuuh so ok la kan dapat tengok walaupun terpaksa mengecilkan diri untuk smpai dekat dengan stage hahahahaha....janji anak-anak puas hati....

tapi next time kalau upin ipin buat karnival dan bawa plak hero-hero glemer, memang senang citer kena cari tempat lain la...buat kat padang je ke...lagi senang...hahahhaa bukan apa, kesian ramai yang frust sebab keadaan karnival haritu...keadaan tak sesuai sebab ada yang bawa orang tua, ada yang bawa baby...kan kesian kan kan kan.....




Di tepi bukit PICC
Kepenatan tapi puas hati
kuat sangat pengaruh Ultraman ni huhuhuuh
Ultraman menyerang..

++ Love is in the air ++

Tuesday, November 18, 2014

Ketumbit dimataku...

wahahhaha dah lama tak update blog, tiba-tiba update pasal penyakit....hahahhaha orang kata kalau tumbuh ketumbit mesti sebab mengendap orang...tapi saya mana la mengendap orang...nampak tak mukaku yang suci ni hehehehheheh tak buat benda-benda tak elok ni muahahhahahahha....

tapi last week memang menderita jugak la bila kena ketumbit ni...lama tu dekat seminggu mataku kurang cun untuk dilihat hahahhahaha eh tapi awal-awal ketumbit kecik je, lepas tu makin parah hihihiihih....1st time tu gara-gara ketumbit yang cinonet tapi sampai 3kali ulang alik pergi klinik...last-last doctor referkan ke doctor pakar....tapi mujur belum pegi jumpe pakar...nanah dimata ni tetiba pecah sendiri...wek melekat rasanya mata ini tetiba...tapi nasib baik semakin beransur sembuh...phew...

Siapa-siapa kena ketumbit jangan pandang remeh tau sebab ketumbit boleh jadi makin serius macam saya kena ni hahahhahah

awal-awal tak nampak sangat...

kat luar bengkak sikit je..

tengok dalam ni, lama-lama jadi teruk huhuhu..


++ Love is in the air ++

Monday, September 29, 2014

Happy Birthday Big Daddy!!!!

27 Sept 2014, birthday big daddy yang ke-33....1st time saya buat surprise untuk big daddy...plan asal nak buat surprise sendiri untuk big daddy tapi sebab masa dan keadaan, so saya decide nak buat surprise delivery je....plan punye plan....tanya pendapat kawan-kawan...akhirnya dapat satu contact ni dekat FB....so siap-siap booked tarikh 27 Sept 2014 pukul 12tengahari Sabtu haritu...memang taknak delivery midnight sebab nak bagi Medina & Ameen happy sama-sama...kalau buat midnight, Medina & Ameen dah tido hehehehhe...

tapi yang lawaknya, big daddy dah macam agak yang saya nak buat something untuk birthday dia, sebab dari awal pagi tu big daddy ajak kami keluar breakfast & terus pergi jalan-jalan....tapi saya pulak buat alasan macam-macam...

at last sampai jugak surprise delivery untuk big daddy...yeay!!!!!!! tapi next year takley buat macam ni lagi sebab big daddy dah boleh baca taktik saya hahahhaha...


Happy Birthday abang!!!
Medina & Ameen yang lebih excited

Petang-petang bawak Medina & Ameen jalan-jalan
Mama pun nak bergambar jugak hahahahha

Kawan-kawan kalau nak buat any event surprise delivery boleh contact details bawah ni:
FB : Crepe Durian & Buah-buahan Ampang Kuala Lumpur
IG : CAKE_EVENT_SURPRISE

Harga berpatutan, kek sedap, dan owner dia, Cik Farra memang senang nak deal...;)


++ Love is in the air ++

Sunday, September 21, 2014

Kisahnya Roti Puri...

Kisahnya, saya tetiba rajin uli Roti Puri untuk breakfast hujung minggu...lagipun boring dengan menu breakfast yang sama...nasi lemak la, mee goreng la, nasi goreng la....tapi memang betul-betul 1st time saya uli tepung...sampaikan mak saya pun gelakkan bila tau saya belajar uli tepung...yela selamani dari dulu-dulu, kalau mak uli tepung, saya memang tak peduli sangat, sebab malas hahahhaha...tapi sejak-sejak dah ada anak ni, kena la belajar rajin sikit ya tak....tapi kalau kat kampung, kami panggil roti puri ni Lempeng Keras...heheheh tapi kalau kat kedai mamak panggil roti puri...apa-apa pun sama je janji jadi....so ini la hasilnye...hehehehhe...Enak dimakan bersama sambal tumis, sardin atau kari....;p


Tara...hasilnye hahahhahah

Resepi tengok kat sini...

++ Love is in the air ++

Sunday, September 14, 2014

8 Online Baby Store

Online baby shop yang saya suka survey harga & beli barang...

1. http://www.littlewhiz.com/ - Biasanya survey je harga dan kalau ok terus beli kat    kedai terus...

2. http://www.onebabyworld.com/ - Biasanya survey dan beli...

3. http://www.bbluvsme.com/ - Beli  sebab tak tau kedai kat mana...accessories untuk anak girl comel2...heheheh

4. http://www.onlinebabywear.com.my/ -  Beli  sebab tak tau kedai kat mana...heheheh

5. http://summerglitz.com.my/baby-kid-closet.html - Biasanya survey dan beli, blouse pregnant & nursing pun cantik2 kat sini.

6. http://www.mybbstore.com/  - Biasanya survey je harga dan kalau ok terus beli kat kedai terus.

7. http://www.babyjaya.com/ - Survey harga je tapi tak pernah beli hehehehe

8. http://www.fabulousmom.com/ - Biasanya survey je harga dan kalau ok terus beli kat kedai terus.

kalau kawan2 ada online baby store yang best2, boleh la share link..;)


++ Love is in the air ++

Bermula dari situ...

Bermula satu perkenalan dari FB pada Jumaat lepas....biasanya kalau orang tak kenal request friend, memang saya akan reject...tapi kali ni terniat nak approve orang yang add, sebab tengok pic profile nampak ok dan gaya ibu2...so saya pun approved...tiba2 petang Jumaat dapat msg dari Ella Zaid, friend yang saya baru approved tu...dan rupe2nya, my new friend ni nak tanya details pasal penyakit Biliari Atresia...sebab dia ada baca pasal penyakit ni pada blog saya dan sekarang keadaan baby dia lebih kurang Ameen tetapi masih menunggu result sepenuhnya dari doctor...

sebenarnya saya tak sangka jugak info ini boleh dijadikan rujukan sebab bagi saya, sebab semua cerita yang saya tulis adalah untuk rujukan dan mungkin satu hari nanti Medina & Ameen boleh baca sendiri apa yang saya coretkan....tapi saya memang berbesar hati untuk share pengalaman ini, supaya orang lain dapat sedikit info walaupun tak banyak dengan apa yang saya sharekan....

To my new friend Ella Zaid,
Harap bersabar dengan segala kemungkinan, saya pernah jatuh dan jauh lebih sedih dengan keadaan ini...tapi apa2 pun semangat dan kekuatan cuma boleh datang dari diri sendiri...semoga baby Ella yang gebu tu cepat sembuh sepenuhnya InsyaAllah...;)



++ Love is in the air ++

Wednesday, June 11, 2014

Handphone aku

Hi uOllss...eceh macam ramai je yang baca blog aku hahahha...Ermm aku sebenarnya just nak share experince pasal handphone baruku je...hahahhah...yang aku excited cikit sebab handphone ni 1st time aku beli dengan duit sendiri hahahha...selalu guna handphone hasil pemberian 2nd hand dari abang or kakakku atau pun yang lebih tepat big daddy belikan hihiihih...serius aku pun baru perasan yang aku tak pernah beli handphone sendiri, sepanjang hidupku ini whahahha...tu yang agak jakun tu...hahahah lagipun kalau nak beli handphone memang kena memikir bab harganya...waaaaa...
 
nak dijadikan cerita, handphone kesayangan yang dah dekat 3tahun guna tu rosak...sebenarnya handphone tu dah berkali2 rosak dan dah direpair beberapa kali...tapi kali ni memang dah sampai hujung nyawa kot kahkahkahkah...tapi handphone Samsung Galaxy s2 tu ada sentimental value sebab
handphone tu big daddy hadiahkan masa birthday auw auw...kalau tak rosak memang aku tak berniat nak beli yang lain pun...tapi nak wat macam mana...simpan je la dalam laci wat kenangan...hahhahah...entah la kot2 nanti jumpe mana2 kedai boleh repair, boleh la aku gune lagi...hihihiih

ok untuk julung-julung kalinya handphone yang aku beli ini ialah berjenama Sony Xperia Z1 Compact...dan macam biasa bukan aku yang pilih handphone ni wahhahaha...tapi big daddy yang survey & pilihkan whahahah...dan masa big daddy pegi beli, aku tak ikut pon...sebab aku percaya dia tau taste aku macam mane ewah...hahhahahah...

sebenarnya jenama ini dipilih sebab big daddy guna jenama yang sama, tapi version abang kepada Xperia Z1 Compact ni...nak wat macam mane, suami sumber inspirasiku hahahhahah...padahal diri sendiri tak pandai pilih bab gadget2 ni...serius aku memang tak reti bab gadget2 ni...dan memandangkan aku pun selalu menggunakan handphone big daddy dengan agak tegar sebab aku kagum dengan kualiti gambarnye yang mabelesss, bateri tahan lebih lama dari yang dulu dan yang paling penting boleh masuk air koooo...tu yang big daddy cadangkan aku guna jenama yang sama, tetapi saiz lebih kecil supaya sesuai dengan tanganku yang kecil dan berjari halus...muahahhahhahaha dan maka terbeli la handphone kecil ini ewah ewah...

cuba teka aku punya color ape?? hihihihi (Gambar Google je)


kan aku dah kata boleh masuk air...(Gambar dari Google)

++ Love is in the air ++

Monday, May 19, 2014

3rd Day - Dari KD ke Bukit Merah ke Penang ke Ipoh ke KD

3rd Day - 11 May 2014 (Ahad)


Dari Penang gerak ke Ipoh...sebab nak pekena Mee Rebus Ramli...ni gara-gara MIL ajak makan kat sini tahun lepas...(entry lepas) so tahun ni kembali datang dan makan lagi...bagi saya memang sedap dan kena dengan selera tekak saya hahahaha...yang lawaknya, kami bungkus satay & 2bungkus nasi ayam untuk makan kat hotel...tapi saya tertinggal nasi ayam tu kat kedai...yang saya bawa balik cume satay je...wahahahha...nak pegi amek semula malas pulak...sebab dah siap check in semua kat hotel...so malam tu just merayap-rayap je kat Ipoh Parade yang dekat je dengan hotel kami...

esok paginya lepas breakfast, terus siap-siap untuk balik KD...

Best jugak pergi cuti-cuti jalan-jalan carik makan...walaupun kejap-kejap tapi banyak tempat boleh singgah...next time boleh buat short vacation lagi...lalalalla



habis semua, mee rebus, laksa & nasi ayam...
Terjumpa ini dalam Ipoh Parade...ingatkan EVISU tu jenama jeans je...hihhihi


Tamat

++ Love is in the air ++

2nd Day - Dari KD ke Bukit Merah ke Penang ke Ipoh ke KD

2nd Day - 10 May 2014 (Sabtu)


Lepas check out di Bukit Merah, kami teruskan perjalanan cuti-cuti Malaysia kami ke Penang...dari Bukit Merah ke Penang dekat je sebenarnya, cuma 1jam je...tapi yang jadi lambat sebab jem kat atas Jambatan Pulau Pinang...mujur view cantik...so takde la rasa stress macam nak pegi kerja hari-hari...heheheh...Medina ok saja sepanjang perjalanan...dan dia memang sentiasa ok asalkan pergi jalan-jalan...tapi anak bujang saya yang sorang lagi ni, memang sangat lasak dan tak boleh duduk diam...kalau guna carseat, memang konfem dia akan panjat...tapi caranya nak bagi Ameen duduk diam, bagi dia makanan or minum susu hahahahha...biar la bersepah-sepah makanan dalam kereta, janji Ameen tenang makan dan duduk diam-diam...hihihihi...bila dah kenyang Ameen akan tido...so settle bab tu...hahahha..

sampai kat Penang kami check in di Hydro Hotel, suka sangat-sangat sebab rupa-rupanya big daddy book bilik sea view...Hydro Hotel memang recommended sebab cantik...hahahhah lepas dah siap check in sume, kami terus keluar jalan-jalan carik makan...misi jalan-jalan kali ni memang nak makan-makan je...kan dah kata tadi cuti rehat untuk saya...cuti rehat takyah masak, takyah kemas rumah...hihihihi...tapi yang sedihnya tak boleh nak jalan-jalan ambil angin pantai sebab petang tu hujan...huhuhuuh...

so kat Penang, makanan yang orang carik mestilah nasi kandar...betul tak? tapi kami tak carik pun nasi kandar, sebab saya & big daddy bukan peminat nasi kandar...hahhaha...jadi layan la makanan lain...janji namanya boleh makan...hahhahah Dinner malam tu kat hotel je...kebetulan ada BBQ buffet...lepas makan...just jalan-jalan area hotel je...







bersambung...
++ Love is in the air ++