Tuesday, March 29, 2011

Bila baby mula menyembur air liur, rambut ibu pun mula gugur??

hye...saya tau mesti ramai yang pernah dengar ayat macam tajuk entry saya kan??kan? kan?? sebab saya pun pernah dengar...kepada yang belum tahu..meh saya story2 sikit...kepada yang dah tahu, meh la, sharing is caring...lallalala...sebenarnye takde kaitan pun bila baby sembur2 air liur, pastu rambut ibu pun gugur..cume rambut gugur selepas bersalin memang keadaan yang normal dan fasa tu sama dengan fasa bila baby dah pandai sembur2 air liur...tu sebabnya boleh jadik petanda...hehehe

so sila jangan risau dan bermuram durja...sila hadapi semua tu dengan senyuman...cewahhhahah yela, sume tu normal kan?? sebab hormon kita baru nak betul balik selepas pregnant 9bulan..kalau bermuram2, takut sakit lain plak yang datang...isk2 takmo la..

ermm macam saya, tanda2 nak gugur rambut pun dah kelihatan, terutamanya time sikat rambut..huhuhu nak wat camnekan? terima je la perubahan hormon ni...ayat pasrah waahahha...tapi betul la kan, sebab tu normal...kalau kita risau sangat2 pun tak baik untuk kesihatan...;p 

owh ok2, kat bwh ni ada info cikit pasal gugur rambut lepas bersalin..saya google je info ni tau...
  • Kebiasaannya lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut dikepala kita tumbuh dan 5 ke 15 peratus didalam keadaan peringkat berehat. 
  • Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur (kerap kerana bersikat atau ketika anda syampu rambut anda) dan digantikan dengan rambut baru. 
  • Purata keguguran bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai rambut sehari.
  • Rambut mengalami fasa pertumbuhan dan fasa ‘rehat’ iaitu bila rambut kekal di kulit kepala dan akan gugur untuk memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru. 
  • Oleh itu, keguguran rambut sebenarnya normal.

Cuma, bagi ibu yang lepas bersalin, keguguran rambut adalah lebih ketara kerana:
  • Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara.
  • Apabila bersalin, rambut mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.
  • Kurang rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.
  • Kurang vitamin seperti zinc dan protein.
  • Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam 2-3 bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur.

Sepatutnya masalah keguguran rambut ini akan berakhir apabila bayi mula memasuki usia 1 tahun.Namun, sekiranya keadaan berterusan, sila dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan kerana keguguran rambut selepas bersalin juga boleh  jadi kerana kecelaruan hormon akibat tiroid dan juga anemia. (sumber dari klik sini)


++ Love is in the air ++

4 comments:

mungelily said...

ntah...xkawen lg xtahuuuu..
ngehh ngehh ngehhhh...

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

a'ah...setuju dgn entry ni..
ingt anak first aritu..
rambut banyak gak gugur...
ni yang second plaksss..
alahai..
lepas ni kena pakai wig lar mommynya..

salam singgah dr mummy weiyda!!
nice entry!!
keep it up blogging ya!

new netry : http://mummylovepink-lovely.blogspot.com/2011/03/kisah-cinta-sejatii-ko-ada-cinta-sejati.html

mamawana said...

Assalam,

Yeap, rambut gugur lepas bersalin, baby dah meliur, baby tarik2 rambut ibu...biasa. Nanti rambut baru akan tumbuh kembali. Jaga pemakanan sihat, cukup rehat, baby sihat.. insya allah.

Salasiah Ammar said...

to lily: ni utk org dah kawen yeap...hahahah

to weiyda: klu pakai wig, pengsan sume org...wahhahaha


to mamawana: selamat dtg, tu la, sume tu mmg normal kan?? lalalal mekasih