Wednesday, August 3, 2011

Jadual Pemakanan Bayi Mengikut Umur


Umur
Kemahiran
Jenis Makanan
Jumlah & Kekerapan
6 Bulan
Mula menerima makanan pepejal
Makanan lembut
  • Bubur nasi dikisar
  • Bijirin untuk bayi (jenis beras)
  • Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek atau dikisar.
  • 2 -3 sudu besar untuk setiap hidangan. (Waktu makan)
  • 2 kali dalam sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
7- 8 Bulan
Mula belajar mengunyah
Makanan lembut
  • Bubur nasi
  • Bijiran untuk bayi
  • Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek.
  • Isi ikan, daging dan ayam yang telah dimasak dan lecek.
  • Makanan yang mengandungi susu. 
  • Keju, puding susu, krim keju
  • Telur masak. Cuba dengan jumlah yang sedikit dahulu.
  • Jangan beri putih telur sehingga mencapai umur 12 bulan kepada bayi sekiranya terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah alahan atau bayi mempunyai ekzema.
  • Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 2/3 cawan (cawan saiz 250,l) dan kemudian ke ¾ cawan pada setiap hidangan
  • 3 kali sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
9-11 Bulan
Makan sendiri
Makanan yang dipegang sendiri (dicincang) atau lembut.
  • Nasi
  • Bijiran bayi
  • Sayur yang dimasak, dan dipotong kecil.
  • Buah
  • Ikan, daging dan ayam
  • Susu dan hasil tenusu
  • keju, puding susu, krim keju.
  • Telur, melainkan sekiranya ada alahan
  • Kekacang yang dimasak lembut 
  • kacang panggang dan tauhu
  • Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 3/4 atau ke 1 cawan pada setiap hidangan.
  • 3 hidangan makan utama (sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam) dan 1 snek antara waktu makan utama, diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
1-2 Tahun
Makan sendiri
Makanan keluarga yang diubahsuai
  • Pelbagai jenis makanan keluarga yang sihat seperti : campuran nasi dengan ikan atau ayam dan sayur.
  • Daging cincang
  • Makanan yang kurangkan berempah.
  • Makanan segar (tidak diproses)
  • Kurangkan garam, gula dan lemak.
  • Teruskan penyusuan susu ibu.
  • 3 hidangan makan utama setiap hari (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
  • 2 snek antara waktu hidangan makan utama.




Sumber dari: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Pemakanan/MakananPelengkap.php


++ Love is in the air ++

2 comments:

Sofea said...

thanks for the info.. boleh guna nanti :d

Salasiah Ammar said...

ed: saya pun mak budak baru belajar hahahah